Ahad, 27 Julai 2008

:: Slamat ulang bln ke 15 ::

ok..ni post aku yg terakhir sblm aku betoi2 berangkat balik... balik kg seminggu...yeeaayy!!!

ok la..memandangkan ari ni dah pun menyambut ulang bulan ke 15 perhubungan aku dgn Mr Musyuk..so.. just nak cakap...selamat menyambut ulang bulan ke 15 to me n my musyuk(syiok sendiri)..hahaha..

nak cakap sikit pada mr musyuk iaitu incik fakri...syima teramat amat sayang pada abang.. syima cukup hepi sepanjang 15 bulan kita bersama.. biar pun kadang2 ada sikit perbalahan..tapi syima rasa mende tu buatkan kita makin rapat dan rapat... thanks for giving ur heart to me..thanks for everything u've done to me... thanks..thanks..and thanks.. tak tahu nak cakap apa...

and.. mintak maap kalau slama kita bersama...syima banyak menyinggung ati abang..i luve u soo much sayang!!!!.. musyuk n masyam always n forever..

hahahah... dah dah..kang ada yg meluat lak...aper2 pun...thanks dgn 'hadiah' abg kasi tu.. syima bangga ada sayang!!!...

ok...masa utk gerak...assalamualaikum!!

Sabtu, 26 Julai 2008

:: memain dgn photoshop ::

bosan giler ari ni.. start esok..aku balik kg seminggu lebih.. rindu kat kampung halaman dah tak tertanggung dah...(ekcheli penat nak jawab dgn mama)..

so.. mlm2 yg boring ni..aku blaja la wat mende yg aku nak buat sblm2 ni.. iaitu mewarna gambar yg di kehendaki..sblm2 ni pernah cuba..tapi tak berjaya..so..aku uninstall balik.. aku donlod balik..alhamdulillah jadi la gaaakk.. mungkin ada silap masa donlod koot..ntah laa.. ni la hasil bosan malam2 ni.. bodoh2 je sbnrnye.. jadi laa ...utk permulaan..
and satu lagi...tukarkan gambar jadi sketch image....assalnye gambar dia camni..
bila dah di edit2... tekan sana..tekan sini...akhirnye jadik la cam ni...
nak tahu camne nak buat...korang2 gi la kat sini..

1. warnakan image yang di kehendaki ===> :: klik sini ::
2. utk buat api ===> :: klik sini ::
3. tukarkan gambar jadi gambar sketch ===> :: klik sini ::

semua ni aku belajar di fungkur.org dgn syok.org ...

:: rembat hp baru ::

smlm gi Plaza Alam sentral dgn kengkawan kampus.. dgn hajat nak rembat hp nokia 3310..hahah.. pusing punya pusing.. tak jumpa2 la plak.. then.. di sebabkan member pun nak cepat.. aku terus terbeli satu hp nih...kiranye...lebih kurang nokia 3310 laa.. :p
balik2.. terus bagitahu pada mr musyuk aku...hahaha...skali dia kata hp aku sama dgn hp dia laa.. aiseeyy.. canner leh lupa lak nih... aku mmg tahu dia pakai SE...tapi tak tahu la plak sama model.. tapi tak pe la... itu nama nya kami sehati sejiwa..hahahaha..

so...lepas dah beli...baru la aku check habis habisan dgn hp ni... skali aku terbaca lak komen2 dari pengguna..dorg kata hp ni ada problem dgn keypad ...aisey..ye ke?? ntah la..so...kena la aku mengguna dgn berhati2.. tak pe la..ada chance aku mengabiskan duit bapak aku lagi..kuikuikui...

nak tahu mengenai hp ni lebih lanjut..sila2 la ke sini erk.. layaaann..

Khamis, 24 Julai 2008

:: Hari khamis yg menggelabah ::

uhh..dah penat press otak ni..kita lek lek lu.. assal mulut ni asyik nak pot pet je dari tadi??.. dah sampai kes cakap sorang2 lak... adess.. terlebih press otak aku rasa..

tadi pagi tak gi kelas..almaklumat je laa... tido pun nak dekat kul 9 pagi.. kelas lak kul 8.. kalau gi kelas gak..kompem2 tido dlm kelas.. malangnye..hari ni ada test..muahaha..padan muka aku.. lecturer tu la... buat lawak khamis lak... smua student tak prepare..muahaha.. kwn aku msg lepas kelas..dia kata ada test.. terus aku call lecturer..kata ada hal..dia suruh amik next week..muahaha... aku ada masa nak study..kwang3...bijak dak taktik aku??

tadi anak buah aku yg mcm mak nenet tu tepon aku.. dia cakap dia dapat no 1 dalam kelas..muahaha.. itu bermakna..ada sumthing yg dia nak dari aku..aku pun nak sedapkan ati dia..dgn slumber nye cakap.. "ok..nanti ashu balik ashu blanja ok.....(senyap kejap).. blanja 'makan' angin...muahahaha...cair bendasing dlm telinga aku dengar dia jerit..muahaha..suka suka...

1 citer yg tak besh... pekerja abang aku(CIK DIN)... yg kena buatan org(ustaz la cakap)..click sini dah pun kembali ke rahmatullah pukul 1 pagi smlm..aiseeyy..kesian giler dgn anak bini dia.. masa aku balik 2 3 minggu sblm ni.. mama aku cakap.. cik din dah merepek2.. dia marah2 bini dia.. pas tu dia tak nak tinggal dgn bini dia.. terkontang kanting la bini dia kesorgan..rupa2nya dia lebih mengetahui.. sama kes laa dgn arwah abang aku..hmmm

aper2 pun..moga roh dia di rahmati dan di tempatkan di kalangan org yg soleh.sedekah alfatihah sikit..AL-FATIHAH...

tuh je la citer dari aku... nak sambung study sikit lagi..huarrrghh..ngantuk2..oh ye..incik fakri ku tadi gi interview kat bangi..harap2 dia dapat kije tu..leh kawin cepat..muahaha..gediks giler..

Rabu, 23 Julai 2008

Apollo Moon Landing Hoax



video kat atas ni tgh tunjuk mcm mana pembikinan video "manusia pertama jejak kaki ke bulan".. di ulang sekali lagi..pembikinan video..muahaha.. ok la..secara detailnya America dah mengaku yg rakyat dia yg pertama jejak kaki ke bulan pada 20 july 1969.. nama astronaut nye.. Niel Alden Armstrong..kemudian diikuti Buzz Aldrin..dorg gi sana dgn Apollo 11..so..baru2 ni..genap la 39 tahun rakyat america pertama jejakkan kaki ke bulan...

tapi citer ni semua mengarut..since tingkatan 1 aku dah dengar cerita ni...sumernya conspiracy.. Cikgu BM aku bersungguh2 kata America kaki kencing... dia kata..kat bulan mana ada oksigen ..then bendera tu pasal apa plak tegak?? tapi masa tu aku percayakan aje la..budak2 la kata kan.. ntah mcm mana,jalan2 kat youtube, skali terjumpa mende alah nih... hahaha... video paling kelakar lak aku rasa.. nak percaya atau tak...terpulang lah.. aku pun tak tahu sangat..mcm biasa.. nak tahu keterangan lebih lagi..sila la ke wikipedia erk..

* beraper banyak "f*ck" yang dia sebut dlm video ni pun aku tak tahu la..mcm bersungguh2 je(hahah).. nak tahu aper yg dorg borakkan tu..sila klik sini erk...

Selasa, 22 Julai 2008

Rahsia Garis Tapak Tangan


amaran keras!!! jgn terlampau mempercayai..stakat syiok2 leh la..layaaann...

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas...setiap garisan mempunyai maksud tertentu. tapi jangan la panik, bukan semua garis yang di nyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang..And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebainya. so selamat 'menilik'.. jgn tersalah tilik sudah la!

1. Garisan Kehidupan
Garisan bertanda no 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorg itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunya garis yang sedemikian lebih2 lagi jika garisnya mencecah hingga ke hujung.

2. Garis kecergasan
garis bertanda no 2 ini pula bersangkutan dgn tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorg pelajar, jika ia jelas terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorg yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dgn lebih gigih.. bagi kamu,setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha gigih. tidak hairanlah org yang mempunyai garisan ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. manakala sekiranya gadis itu putus2 dan terdapat cabang2 lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut,ada di antara kamu yang mempunyai garis putus2 ini 'curang' dan menjalankan hubungan cinta dengan lebih dari seorg gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis Kejayaan
cuba kamu perhatikan garis yang ebrtanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? kadangkala terdapat sesetengah org yang mempunyai dua atau lebih garisan ini. dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa jua yang dicerburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu

5. Garis matahari
Bukan semua org yang emmpunya gari ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukakkan kamu menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. sebab itulah, ada orang yang mempu meraih kejayaan dalam dua bidang yang di lakukan dalam masa yang sama. ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6.Garis Kesihatan
sama seperti garis kehirupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas,lurus dan tidak putus2.sekiranya garis ini terputus2,ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. begitu jugak sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
sekiranya garisan itu membentuk bulantan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama2nya. perkahwinan wejud hanya sekali saja dalam hidup kamu.

8. Garis bilangan anak
setiap org pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa org anakkah yang kamu inginkan? tidakkah kamu perlu mengetahuinya? apa yang perlu kamu lakukan ialah mengira berpaa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah anak kamu nanti.

9. Gari perjalanan
Adakah kamu ini seorg yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar.suka merantau atau melawat tempat2 yang cukup jelas dan terang,seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup ebrpindah randah dan mudah bosan dangan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempuran dan bahagia. tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi wang yang banyak melalui perkerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan.
cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. terdapat garis2 seolah2 gelangkan? diramalkan, setiap garis membentuk gelak itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. kira saja beraper gelang yang kamu ada dan ramalkan jumpah hayat kamu sendiri. tapi awak..jangan terlalu percaya sangat...ajal maut di tangan tuhan!!..

:: HANYA UNTUK SUKA2...JGN TERLAMPAU PERCAYA::

Jumaat, 18 Julai 2008

:: wanita tabah ::

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama�..

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan..

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga�.

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan Siti Sarah�

Tabah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga�

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar�

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah�


Dr Wan Azizah Wan Ismail..baru je dikurniakan Darjah Panglima Pangkuan Negeri(P.Pinang) .. menjadikan gelaran Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.. dalam sedar tak sedar..rupa2nye dia dah pun berumur 56 tahun (baca kat wikipedia)...

aku tak tahu kenaper sejak dua menjak ni aku terlampau mengagumi peribadi Datuk Seri ni.. Dulu aku kagum pasal dia satu2 nya Isteri menteri yang bertudung... tapi bila tgk pengorbanan dia pada rakyat, suami dan anak2.. aku rasa teruja..sesekali rasa sebak pun ada... nak2 dgn kes suami dia tu.. dia lebih mengetahui siapa suami dia..

tak boleh bayangkan mcm mana perasaan dia masa di parlimen .. dapat lak panggilan dari lawyar kata husband dia di tahan oleh pasukan komando bertopeng lagi.. hish.. aku tak sekuat dia untuk berdepan mende2 mcm tu...

satu2nya wanita yang mampu buat aku teringat cerita2 zaman nabi.. cara dia didik anak(semua bertudung dan menutup aurat).. pengorbanan dia pada suami.. berpendidikan.. hmmm.. tabahnya dia...

Khamis, 17 Julai 2008

muka kartun ku..

haaa... ni la rupa nye gambar yang telah di siapkan oleh si liyunkom(saper ntah nama betoi dia).. hahah... selama 2 minggu nak masuk 3 minggu mintak baru ni siap..muahahah... ada gak masa dia lukiskan gambar utk aku...xiexie...toce toce..thank you...mekasih... utk melawakan lagi gambar ni.. aku telah menyuruh dgn slumbernye mr fungkur utk mengedit nyee... so..begini lah hasil nye... hahah.. tembam betoi pipi aku...tapi cun.. dah nama pun kartun...thank you thank you!!!...

Rabu, 16 Julai 2008

stress ????


muahahah...besh besh... cuba mende alah ni... ekcheli mende ni statik je... keje gambar ni mengukur tahap stress kita... makin laju gerakan..maknanyer makin stress la kita...kalau pergerakan nye tak de atau kurang..maknanyer semakin baik la kita handle stress... layaaann.. adeh...pinau mata den hah!!..

Debat Harga Minyak

Datuk Seri Anwar Ibrahim = Datuk Shabery Cheek

Tamat sudah debat pak menteri... 2 Thumbs up tuk datuk seri...mmg apa yg dia kuarkan tu semuanya fakta...siyes respect.. ni la baru menteri kewangan !! wupss.. bekas menteri kewangan..semua yg dia cakap berdasarkan fakta.. tak cukup dgn tu..dia kuarkan personal method nak turunkan harga minyak..n tak cepat melatah dgn pihak lawan yg ungkit perihal peribadi dia yg lelalu..

si shabery plak..banyak yang off topic..pointless..balik2 ungkit kisah yg dah lepas pasal anuar.. apasal laaa Pak Lah tak nak turun sendiri..nak gak tgk dia berdebat.. ni tak.. antar si Shabery nih.. pulak tu.. fakta yg dikeluarkan tu tak kuat langsung... balik2 ungkit pasal personal Datuk seri..ajak berarak di jalan la.. konsert laa.. aper laa... ungkit smua yg dah lepas2... lakar nama mahathir n hasmah di awan la...aiseyman...satu ayat yg tak leh blah "datuk anwar suka ambil kesempatan ke atas rakyat".. muahahah... gilo apo!!...

so..kesimpulannye...errr.. aku sendiri tak tahu ape kesimpulan kepada debat ni.. n aku pun tak braper tahu kenaper mesti debat ni di adakan... hahaha... sbb aku ni bukan la tau sangat pasal politik2 ni.. cuma agak kagum sikit dgn Datuk Seri daripada datuk shabery tu...hahaha...ntah la... aku tgk si shabery tu aku rasa nak tergelak lak... adeh deh deh... pemimpin2 BN semuanya bullshit!!!...(tapi mungkin ada yg baik).. masing2 nak boroikan perut masing2 je.. rakyat di ketepikan.. nak bermegah tak kena tempat...tok guru Nik Aziz jugak yang bagus!!!...




Selasa, 15 Julai 2008

krisis ekonomi-leh caya ke mende ni??!!

"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.

Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate.Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat."

"pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd &3rd generation.Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka.Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank.Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M.Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse,keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince,KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di
Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik).Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian,utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters
dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc.Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kmudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk
buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun disitu. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan
kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran
dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang mENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang
berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis wi! thin 5 years".

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah. Wallahualam


Regards,
Saiful Ngatmi


--
Rgds,

Ahmad Shahril bin Abdul Aziz
Agency Supervisor
PUBLIC MUTUAL BERHAD

**menggerunkan dowh...kalau lagi 50 tahun...umur dah 72..adeh..dah tahap bangka dah tu... uish.. gawat2!!!

Isnin, 14 Julai 2008

national diabolo challenge-summit usj


Diabolo - The Chinese whip

Tadi mlm pergi ke summit USJ dgn 1 hajat nak tgk wayang cerita "The Journey to the center of the earth" ..3.7 over 5..tak nak cite pasal movie..tapi nak citer pasal satu permainan ni.. nama dia.. DIABOLO.. mcm video kat atas

1st time aku tgk masa aku ada di Genting Highlands baru2 ni..This kind of performance is quite rare laa...takjub gitu!!..dia mcm yo yo with 2 handsticks.. tapi asal dari China.. so.. tadi kat Summit USJ ada competition to find someone yg hebat la kot dlm bidang ni.. n most of them are chinese...kuikuikui..yg melayunye dok kat tepi2 sebagai penonton je..tape2... next time.. aku jadi prominent juggler terus...hahaha..(mimpi je laaaa)

so..banyak laa trick2 yg dorg buat..aku pun sempat tgk 2 3 org je.. yg paling aku suka bila dia juggle that things..then..swing it..ada yg spin diabolo tu dgn 1 stick je..and the way they move the diabolo on a string from 1 side to the other...it was impressive laa..kena tgk depan mata..baru besh..

ekcheli mende tu getah jee...mcm getah kasut selipar yg tutup depan tu..hahaha...n dia ada la berat dia..yg ringan utk lambung tinggi...yg berat utk buat ape ntah.. sempat la aku kaco budak yg tgh practise kat tepi2 tu..kaco sikit je la..hahaha..tringin gak nak cuba..tapi ye laaa kan...kalau dorg tgk aku main kang, dorg tarik aku naik stage lak...so..malas la nak tunjuk ketereron aku ni...muahahah...sioot je ayat..dah la..melalut je lebih.. :P

*27hb ni ada hip hop dance kat summit usj-final

Ahad, 13 Julai 2008

:: dari sekeping hati :: *emo*

jam skrg dah pukul 3.15am.. dah 2 hari aku tak lena tido.. ni pun baru lepas mandi.. keadaan kepala yang berdenyut2 memaksa aku mandi seawal pagi nih.. sejuk giler...hari ni mencatat rekod... dari pukul 1pm(jumaat) sampai la 10.15pm(sabtu), sebutir makanan pun tak masuk ke dalam perut aku...lebih kurang 33 jam lebih koot..itu pun makan setelah badan mula bergetar...

sejak 2 3 hari ni aku punyai 'penyakit hati' yg agak serius.. apa yg aku rasa 2 3 tahun lepas..mula di rasai balik.. hati yg baru di calar tak sampai 2 3 minggu...baru nak sembuh dari calar yg lalu..dah pun di tikam bertubi2..dan kali ini agak kritikal...semuanya salah aku.. mungkin tika itu aku memerlukan lebih perhatian.. memandangkan tika itu aku punya sedikit masalah yg ingin di kongsi.. tetapi masalah aku diketepikan... dan aku mula memberontak...aku masih tak cukup matang rupa nye!!...

since that day..air mata dah jadi peneman aku.. ditemani sakit kepala yg berturut2..tak de saper pun yg kisah.. bila ati mula sejuk, terpanggil utk memohon maap.. tapi tak de apa yg aku dapat melainkan rasa sakit ati yg bertambah2..dia mmg patut marah aku... tapi tak sangka yg dia masih tak kenal diri aku..hmm.. Ya Allah!!.. dia masih boleh keluar sama kawan2 dia.. masih boleh tido dgn lena.. tapi aku tak sekuat dia.. mungkin dia pun dah tak larat nak melayan karenah aku..

selepas aku menangisi,menyakiti, mendera diri aku.. aku tak nampak sesuatu yg elok.. aku seorg saja yg merasa mende ni..mungkin aku memerlukan sedikit ketegasan..sedikit hati yg keras utk aku ubati hati aku sendiri..keputusan dah pun aku buat tanpa persetujuan dari dia..tapi aku rasa dia takkan kisah dgn keputusan yg aku buat tu..hmmm..

jauh di sudut hati yg remuk ni masih ada rasa sayang,rindu,cinta yang menebal.. tapi aku memerlukan satu pengorbanan utk diri aku.. dah tak sanggup aku nak sakitkan ati aku hanya kerana cinta.. biarla aku cukup2 bersedia nanti,baru aku lalui rasa cinta ni...smua2 janji yg pernah aku buat dgn dia, jadikan aku lemah utk berdepan dgn hari mendatang.. terlampau byk sgt janji2...uhhh...Ya Allah...

lepas ni dah tak de lagi hp aku dihujani msg2 yg boleh buat aku tersenyum.. tak de org nak wish gud morning kat aku..dan yg paling ketara yg akan aku rasa...takkan ada lagi tempat utk aku bercerita dan berkongsi masalah.. mungkin blog ni jadi tempat aku luahkan perasaan lak lepas ni..hahahah...

bila letak status sedih2 kat YM tu..ramai la yg PM.. majoriti hanya cakap... "kesian nye".. hmm.. perlu ke kata2 mcm tu??.. ati yg tgh sensetif mungkin menganggap msg tu seperti memperli diri nih.. tapi ntah la..mungkin mereka2 mengambil berat koot.. ada yg ajak berborak panjang.. bercerita mcm2..dan aku hanya melayan kan aje.. dorg gelak aku gelak..uhh..sakitnye bila hipokrit nih..hakikatnye dorg takkan tahu apa yg aku rasa..air mata aku pun dah kering utk mende2 ni semua...hmmm...

dah la...nak dekat pukul 4 dah.. pg nanti aku nak kuar rul..mungkin dia boleh hepikan aku..who knows.. keluar seharian.. org lain boleh hepi..kenaper mesti aku terus menangis kat rumah ni... keluar rumah dgn mata garfield... ngeh ngeh ngeh.. (tanduk mula keluar)..

Sabtu, 12 Julai 2008

Kereta, Aku dan Hari Sabtu....

bosan giler hari ni.. aper je yang aku buat semuanye tak kena.. msg yg di anta pada individu tertentu pun tak di balas... hmm.. member2 rumah semua tak de..member kampus kebiasaan nye kuar berdating bersama buah hati mahu pun skandal2 nya.. aku jugak yang melopong.. bila dok sesorg ni mula la sensetif sesangat..kalau la aku ada skandal dgn bebudak MMU kan besh.. leh gak buat aku jalan2 naik keta..

cerita pasal kereta.. masa balik kg baru2 ni, mama aku ada citer pasal kereta abg aku dilarikan org.. hahah.. tu laa.. percayakan org sangat.. sblm2 ni lagi aku dah tahu yg abg aku nak jual.. aku sendiri bawak keta ni balik lepas ayah aku beli keta lain utk aku..lepas2 tu tak nampak terus keta tu..aku ingat dah jual..memandangkan abg aku pun dah angkut keta baru.. diam je la..rupa2nye lain lak cite nye..

ada sorg india laknatullah ni leh lak tahu yg abg aku nak jual.. dia kata nak cuba kereta ni selama sekian sekian tempoh nye..dan ada lah perjanjian yg di buat dgn lelaki india tu tanpa surat hitam putih...yang abg aku bijaksana kepala lutut dia tu, percayakan bulat2 si india tu yg baru beberapa hari dia kenal..

tup2..balik kg ari tu..mak aku kata keta ilang...gi report polis..polis cuma cakap lelaki tuh ahli kumpulan samseng ke ape ntah mak aku cakap... pas tu..polis cakap kecuaian sendiri la ape la.. sampai skrg ni tak de aper2 pun yg pihak polis buat...

tuh la manusia..senang sangat menipu org..dan org yg dah berpuluh2 kali kena tipu plak..tak reti2 dah sedar..mudah sgt percaya pd org..cheewah..pandai lak nasihat org..padahal..2x5 je termasuk la bapak aku tu..kita beli beratus2 ribu..keta dapat kat org lain yg tak de pertalian kuarga langsung...ish ish ish.. plat no AFN 4588

banyak sangat ujian yg Allah Taala bagi pada kuarga aku nih.. apala agaknya dosa kami sekeluarga sampai brturut2 ujian yang Dia bagi..Ya Allah!! Kau kuatkanla semangat kami sekeluarga utk berdepan dgn ujian2Mu dan terus beriman pada agamaMu yang suci ini..Amiin....

Jumaat, 11 Julai 2008

im FREE !!!....

11 Julai 2008

since masuk semester baru ni.. mcm mcm pulak dugaan yang aku terima.. kepala ni slalu sangat sakit...skrg ni pun tgh berdenyut2.. gusi aku yang sakit ni pun boleh ilang deria rasa nye gara2 kepala berdenyut nyut..rasa mcm nak hantuk je kepala ni kat dinding.. tapi tak pe la..smua ni ujian sbnr nye..bertahan!!! bertahan!!! waaa....tak tahaaann!!!! sob sob..

tadi ada berlaku sedikit pergaduhan dgn incik fakri.. geram punya pasal.. aku pun sengaja la letak status YM utk pomot diri..lebih kurang mcm ni la bunyik nye "im free..saper nak masuk line, sila emailkan no phone n gambar ke email aku..bla bla bla..."hahaha...bodoh betol aku..ye la...tgh marah punya pasal... stended la tu.. tak sangka plak dgn status tu, maka ramai lak yang menegur aku di YM..aku pun melayan la walaupun hati ini tgh sedih.. ada yg bertanya,kemudian dia lak cite masalah dia..ada yg cuba buat aku ketawa...ada yg buat lawak 'pandai' masa aku tgh sedih2 tu.. tapi tak kisah la..anggap je dorg try to make me hepi..

satu2nya email yang aku terima...dari sorg budak bertuah ni..aku anggap dia adik aku je.. nama dia incik hamdi...*sila klik pada gambar utk paparan yg lagi jelas...
tergelak jugak la aku baca email budak ni..spatutnye aku berterima kasih la kat dia.. aku tahu.. dia concern kat aku sbnrnya.. dia tak nak aku sedih2..muahaha...(buat andaian sendiri je)...

thanks to hamdi, liyunkom,sky_hanz,abg bulat,mohd danish, sekor housemate aku, kyms, oyen, itah.. walaupun korg buat lawak senghal time2 aku frust pun..atleast.. terbuang jugak masa2 sedih aku kat kengkorang..hahaha..

dah la..lepas ni nak baring2 layan movie..pas tu tido.. pala pun dah denyut2 ni.. esok harap2 boleh bangun dan lupakan semua2 nye..

Khamis, 10 Julai 2008

raining in my mind = pathetic

Dah tak de rejeki...

sob sob... sadis sungguh la rasa hati ni...my application was rejected by msc(incubator),MMU... sob..sob...sob...

tapi aku tak puas ati.. aku rasa aku berhak utk dapat kije part time kat situ!!.. hahah..part time je la tapi.. ntah la..mmg kompiden giler yg aku dapat kije kat situ.. tapi ye la.. bila kita tak de rejeki..takkan kita nak melawan lak... kan kan..

salah aku gak..mintak tolong org yg sendkan resume...lain kali...berusaha sendiri!!! ingat tu!!.. tapi mcm tak masuk akal laa.. 1st..kije yg di pohon tu melibatkan IT..aku budak IT lulusan Diploma..budak yg anta resume aku tu budak managemt lulusan STPM...tapi dia boleh dapat.. aku tak dapat!!!! mana aci!!!..waaa...sob sob...

lagi satu yg buat aku kompius.. lepas dia anta resume tu..dia cakap kat aku..dia dapat email dari pihak msc tu.. dia bg masa 3 hari..kalau ada jawapan..maknanye kita layak.. tapi yang pelik nye.. aku tak dapat pun email tu!!!!...

bukan la mengharap sangat...cuma jauh di sudut hati aku ni...dah ada sikit rasa seronok... skurang2nye merasa gak aku berkerja sendiri... tapi tak pe laa... setiap yg jadi tu ada penyebab nye.. think positive je la.. kalau nak syak budak tu pun.. tak leh gak(walaupun pada mulanye mmg geram giler kat budak ni).. tapi bila pikir2 balik...aku gak yang salah...

skrg baru aku kenal diri aku sendiri... slagi aku kehendak kan sesuatu..tapi bukan atas usaha aku sendiri..slagi tu aku akan rasa tidak puas...dalam erti maksud lain..ralat.. mcm skrg ni la.. still rasa tak puas ati...kesimpulannye..berusaha la sendiri utk mendapatkan sesuatu yg di hajati...sekian terima kasih...:D

Rabu, 9 Julai 2008

Hasan Al Awadh




aiseyman.. kali ni tetiba datang mood keinsapan laa.. alhamdulillah..ada gak aku merasa perasaan ni.. tapi ntah bila nak bertobat nye..tak tahu la...cepat2 laa syima ooiii...

ni nak kongsi sikit video budak ni...nama budak ni Hasan Al Awadh.. tak pasti la dia dari mana...aku layan video ni since poser tahun lepas...1st time tgk, agak menyentuh sanubari la jgk.. tetiba terasa ketul2 air menitik...(cheh..dah mcm ais ketul lak..)

tak caya?? try la...hayati betul2 apa yang dia baca tu.. MasyaAllah...aiiihhh... tak tahu la nak kata camne...speechless terus dibuat nye..dah la... kita layaaannnggg...

Tips Dari Supervisor Petronas....

email dari kawan kepada kawan kepada kawan aku....(aku dalam cite ini adalah si pencerita)

ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang....
masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak
isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu
aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang
agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.07 sen
kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen...
mula2 mmg aku tak percaya... tapi......


1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun...
dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam
korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV
sudah la...

2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.

3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang
bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la

4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set
tadi

5. then korang tekan enter - 3x

6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau
korang tekan la berapa pun korang suka

7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi

8. tekan butang clear - 2x

9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi

10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian

pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang



"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!"



so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM
2.70 seliter...


HEHEHEHE aku pun terkena... Dah pegi buat keje! ;-D


*hahahaha...suka betoi aku bila terkena mcm ni...binawe sungguh..

Isnin, 7 Julai 2008

Malaysia ku....

Malaysia oh Malaysia...apa salah dgn malaysia??

aku tak rasa Malaysia negara yang bermasalah..cuma aku rasa...pemimpin Malaysia tu sendiri yang bermasalah...mcm2 isu timbul sejak dua menjak ni.. mula2 dulu di kejutkan dgn penglibatan DPM dgn wife dia dalam pembunuhan altantuya.. wanita mongolia...sah sah nama Malaysia dah tercalar kat Mongolia tu...lepas tu... kes tu 'dilindungi' pulak dgn kes liwat mantan DPM dato Seri Anwar Ibrahim...senyap terus kes pembunuhan tu...

nak cerita panjang2 pun..rasanye sumer org dah tahu.. cuma bila aku baca surat khabar..contohnye.. harian metro..berita harian...harakah daily..malaysiakini..mcm2 cerita yang telah diputar belitkan..org ni kata mcm ni..org tu kata mcm tu...cuma..bila kita banyak membaca..mungkin kita dapat buat andaian sendiri..siapa yang cuba berselindung di sebalik bilik kaca yang bertransparent..

mohon pada Allah Taala moga ditunjukkan org yang membuat fitnah tu..dan di berkati hidup org yang di fitnah...amiin...tringat pada kes Anwar pada tahun 1998..aku dapat tgk video esklusif...masa hari Anwar di tahan di rumah...depan anak bini dan penyokong...isk isk isk..apa yg aku boleh kata...polis mmg tak berhati perut..masih ingat lagi dlm kepala otak aku ni..

dah la...apa yg aku boleh kata kan..berbahagia la org yang terkena dgn permainan fitnah ni..tak di dunia..di akhirat kelak..

* tak sabar nak tunggu, tilam tebal mana la plak yang dorg nak angkut ke mahkamah..muahahah .. jijik giler... tu saje nak memalukan mangsa tu..ape salah nye bawak sample je...aihh.. rosak2.. bersungguh2 sampai bawak tilam haaa... lain kali bawak cadar, towel,bantal dan sewaktu dgn nye..baru bes...hahahah...hakim pun mcm ngok je..patut la pun...kena ikut arahan rupa nye..teeett...

Khamis, 3 Julai 2008

3d desktop..*apdated*









** apdate entry 28/06/08 nye ...kasi tukar gambar je sbnrnye..ngeh ngeh ngeh....

har har har..besh siooll main dgn 3d desktop ni...mcm biasa..sejak aku mula giler mencari s/w yg besh2..skali terjumpa plak mende alah ni..uish..nampak sangat yg aku ni ketinggalan zaman.. ingatkan mende ni leh wat kat vista jerk...ngeh2..

lepas ni kalau nak pasang yg secret2 mcm teeet n tooott(positive pliss)...leh la guna mende alah ni..maklum la..kengkawan aku kan suka datang secara mengejut...so..kalau dorg nak pinjam kompiter...aku bukak laa face yg lain..so..tak de la dia tahu...muahaha....

besh..mmg besh..kewll habeeesss....ada 6 jenis bentuk desktop yg berlainan..kat atas tu aku kasi masuk 5 je..pas tu...dia ada 6 aper erk.. muka yang berlainan koot..hahaha..setiap muka tu boleh tukar2 wallpaper dan jugak icon..cenggitu alkisah nyee...

Rabu, 2 Julai 2008

taufik Batishah - Janjiku padamu

Aisey..tetiba tkeluar lak lagu jiwang..aiyark..bikin wa cair woo...thanks to my dear Mr Musyuk..

Taufik Batishah - Janjiku Padamu

Masih terasa belai tanganmu
Terbayang wajahmu dalam tidur ku
Renungan mata tak dapat ku lupa
Jelas tiada gadis setandingnya

Mengertilah wahai syima ku
Segalanya terlukis di bibir mu..ohh

chorus
Ku kan selalu disisi mu
Dalam beribu hanya kau satu
Yang aku sayangi
Kasih abadi
Rela ku lakukan segala

Bagaikan bulan jatuh ke riba
Memberi erti hidup di dunia
Ku kan bersamamu
setia selalu
Janjiku

Kau sering hadir dalam ingatan
Hadiri memenuhi harapan
Oh Syima
Pandangan mata tak dapat ku lupa
Masih tiada gadis setandingnya

Mengertilah wahai syima ku
Duniaku terlukis dibibirmu

*sok nak balik Ipoh...Hari Isnin baru balik sini..

resume n cover letter

dua tiga hari ni mcm busy sikit...almaklum la...pc buat problem la..adeh la..nasib baik la aku sayang pc aku ni..entry kali ni nak cite pasal resume ngan cover letter lak..uishh.. agak pening jugak sbnrnyer nak wat mende alah ni erk... mintak contoh kat Mr Musyuk aku..skali dia kasi dia punya..perghhh..tak terkejar lak aku...aku ni ape la sangat..aper2 pun..respect laa kat Mr Musyuk aku tu..ok..ni nak up kan kaber letter dgn resume...utk masa depan aku gak..mana la tahu..kot2 ilang..leh kopi kat sini je..kuikuikui... layaaaannngg...



klik pada gambar utk paparan lebih 'agak' jelas...muahaha..kecik giler rupe nye...maap je la...cuma mata helang mcm haku je la yg leh tgk...kalau nak tgk gak...sila dekatkan muka anda ke monitor..ala2 hampir ceom monitor laaa senang cakap..hahahahahaha...habis juling mata korg aku buat...suke suke...

aper2 pun..ni utk simpanan aku je...haaa haaa...kutuk aku la tuh!!!... tampo mulut tu kang!!! :P...nampak mcm ader mende yg lari2 sikit..tadi try besarkan font dia..so..malas nak edit2 dah.. ok la... tamat sudah riwayat kesan degil...