Memaparkan catatan dengan label bacaan bersama. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bacaan bersama. Papar semua catatan

Sabtu, 24 April 2010

:: lawak lama buat ilang tension ::

cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri : Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri : Buku bank abanglah..

Citer 2

Aderla sorang lelaki datang ke sebuah rumah untuk meminta
derma. Derma untuk rumah orang-orang tua. seorang budak pun membuka
pintu.
budak : derma ape bang?
lelaki : derma untuk rumah orang-orang tua. adik ada apa-apa untuk
didermakan?
budak : nanti jap.saya ambilkan atuk saya.
lelaki : ?????

Citer 3

3 org menaiki motor dan ditahan polis trafik. Namun pemandu motor
tersebut tidak berhenti. Katanya, 'Tak Muat Dah Tok, Kami dah bertiga!!!

Citer 4

Sebaik sahaja mengambil tempat duduk di ruang menunggu sebuah klinik,
Shan terpandang Amin sedang menangis teresak-esak. Dia segera mendekati
Amin. : Shan Kenapa menangis?
Amin : Saya datang untuk ujian darah.
Shan : Awak takut ke?
Amin : Bukan itu sebabnya. Semasa ujian darah dijalankan, mereka
telah terpotong jari saya.
(Mendengarkan penjelasan Amin, Shan menangis.)
Amin : Eh, kenapa pula awak menangis?
Shan : Saya datang untuk ujian air kencing..

Citer 5

Seorang atok membawa cucunya ke pejabat pos untuk menghantar surat.
Cucunya bertanya bila melihat atoknya memasukkan surat ke dalam tong
berwarna merah.
"Atok buat apa tu?".
"Atok bagi surat kat kawan atok,cu!" jawap atoknya.
Cucunya bertanya lagi, "Apa bangang sangat kawan atok
duduk dalam tong merah tu?"

Citer 6

Seorang posmen yang datang menghantar surat.
" Assalamualaikum "
" Walaikumsalam "
" Ni rumah encik Sameon ye?
" Ya saya"
" Poning kepala saya mencari alamat rumah encik ni "
" Buat susah aje encik nie! Apsal tak pos aje?"


Citer 7

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk
menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus.
Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik
berkenaan.
Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?
Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, apabila tiba2 diserang
strok.
Lelaki kedua pula khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit
jantung
manakala yg ketiga
disambar petir.
Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?
Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya...

Selasa, 21 Oktober 2008

:: leh caya ke?? (theory kiamat) ::

aku dapat mail dari kwn aku..forwarding email..kajian mengenai hari kiamat..hmm..might be true..might be half-truth..might be utter bullshit..susah nak caya..bkn aku tak cayakan kemunculan Nabi Isa,Hari Kiamat,wahyu yang di sampaikan pada Nabi Muhammad..cuma theory yg manusia buat ni mcm meragu kan..mana tak nya..since 2006 aku dgr kata dunia nak kiamat..but we r still here..bukan aku harap kan kiamat tu..nauzubillah laa..Dlm bible pun ada cakap ttg kemunculan Nabi Isa..antara yg ada aku baca..(aku copy balik)

Jesus did say that no man, not the angels in heaven,not even the son(Jesus) knows the exact day or hour of his return(Matthew 24:36)

jesus, what will be the sign of ur coming and of the end of the age?
u will hear of wars and rumours of wars.nation will raise against nation, there will be famines
(mcm kat africa),pestilences(wabak yg bawak maut ni, kat mesia pun ada) and earthquake(merata2 dah)..all these are the beginning of sorrows..

tapi kan...kalau seperti apa yg diperkatakan di atas ni..maknanye skrg ni dah wujudla Nabi Isa AS??..patut la dorg bg liputan yg luas utk budak kulit hitam yg pernah kuar kat berita utama satu masa dulu.tapi apa kaitan budak tu dgn Nabi Isa AS..hmmm...ntah la..semua tu keje tuhan..apa yg aku harap n berdoa selalu..aku mati dalam kalimah syahadah..itu yg paling penting..tak nak cakap lebih2..takut terpesong akidah..,


email dari kawan aku ::

"Ust. Harun Din ada membaca sebuah artikel yang menceritakan bahawa dunia ni da nak kiamat..planet marikh(planet ke4 n plg dekat dgn bumi)tlh mengalami pusingan yang terbalik pd bln sept lepas. makna nye, planet yang dkt dgn nya jugak(bumi le) akan bertukar arah pergerakan dia..maka pada saat tu akan terjadinya kejadian matahari tenggelam sblh timur.(tanda2 besar kiamat). ingat!! matahari terbit sebelah barat,pintu taubat da ditutup. x de harapan dah la!! maklumat ni gak tlh diberhentikan penyebarannya oleh NASA krn akan menguntungkan pihak islam. tolong sebarkan utk kemaslahatan kita bersama..wassalam
-kata kwn syima-

Utk pengetahuan semua, sebuah planet bernama NIBIRU atau planet X(oleh NASA) sdg melengkapkan putaran orbitnya yang berlaku setiap 3600 tahun. Planet ini 100 kali ganda lebih besar dari bumi dan sama besar dgn planet jupiter(musytari). Dijangkakan pada 21/12/2012 planet ini akan memberi kesan paling dahsyat pada bumi dgn memutarkan kutub2 ke kedudukan terbalik(polar shifting) yang di jangkakan oleh NASA. Bulan mei 2009 nanti, planet ini akan jelas kelihatan oleh semua penduduk bumi. so sama2 kita nantikan...

Mereka mengaitkan peristiwa ini seperti yang pernah berlaku banjir besar zaman Nabi Nuh AS dulu. Planet ini tak menghentam bumi tapi tarikan gravitinya sangat kuat dan akan mengganggu bumi. Ia hanya akan berlaku diantara bumi dan matahari dimana kecerahannya berwarna kemerah-merahan seakan-akan anak matahari(tanda besar kiamat? objek merah di langit kelihatan)

AS dan negara2 barat lain sedang sibuk membuat persiapan menghadapi keadaan ini dgn membina beberapa penempatan sementara di banjaran2 gunung lengkap dgn makanan yang mampu bertahan 3 tahun krn dianggarkan 2/3 penduduk bumi akan lenyap. di Norway misalnya mereka membina sebuah gudang menyimpan segala biji benih di sebuah bukit lengkap dgn ciri2 keselamatan dan dari ancaman bencana(rujuk paper bln 2, kosmo, BH n lain2)

Untuk rujukan penuh sila cari kat mana2 web tentang NIBIRU or video kat youtube. benarlah kata RASULULLAH, satu hari nanti bumi akan hancur dan satu zaman di panggil back to ancient berlaku dimana segala teknologi pupus dan manusia akan kembali seperti zaman purba, berperang dgn pedang cara kuno. Jadi bersedialah kita umat islam..ALLAHUAKBAR...

kajian...Allah je mengetahui..

* a)mengikut hadith umat Rasulullah akan hidup selama 1500 tahun..sekarang sudah 1439=426+13 tahun hijrah..daripada ini kita ketahui kita akan bertahan dalam masa 61 tahun lagi.. jikalau ini benar, bumi akan kiamat tahun 2066..

*b)Saintis telah menjumpai sebuah planet yang lebih kecil dari bumi yang menghala ke bumi. ini telah dianggarkan bahawa planet itu akan melanggar bumi pada tahun 2014.Amerika akan cuba untuk menukarkan orbitnya dengan menembaknya dengan sebuah roket. dan saintis juga telah menjumpai sebuah planet yang juga akan menghentam bumi. ia dianggarkan akan melanggar bumi dalam masa 60 tahun lagi. dan planet ini lebih besar dari bumi.jikalau ini benar, dunia akan musnah pada tahun 2065..

*c)Dan dikatakan kuasa Israel akan mencapai puncaknya pada tahun 2007.. dan kuasanya akan jatuh semuala dalam 14 tahun iaitu tahun 2022, disebabkan oleh penurunan semula Nabi Isa.. dan hadith mengatakan bahawa Nabi Isa hanya akan hidup selama 40 tahun dan dunia akan kiamat pada hari Nabi Isa wafat..jikalau ini berlaku, dunia akan kiamat pada tahun 2062...

kesimpulan.. bumi akan kiamat antara tahun 2061-2066

*Wallahu'alam..semua ini telah dikaji dan yang dipercayai paling tepat ialah hadith yang mengatakan bahawa umat Rasulullah akan bertahan selama 1500 tahun.. kita telah berada di bumi ini selama 1439 tahun..cubalah anda kira sendiri..

Rabu, 3 September 2008

:: Alphard 2009 ::



saper nak??? aku kasi free je!!... gambar je la tapiii...hahahha...giler gempak aku tgk keta alphard ni.. keta ni keluaran 2009...banyak sangat beza dgn alphard yg ada skrg ni..antaranya lampu depan n blakang..bahagian dlm dia lak..ada screen monitor setiap kerusi..then..kat sebelah pemandu lak..ada screen kedudukan kereta yang lebih moden...cuma kelemahannya..dia nye bahasa tu masih tak de translation...korea ke japang ke..aku pun tak tahu laa..

since abg aku beli alphard 3.0..aku rasa keta alphard ni antara keta mewah yg paling superb..antara sbb nya, dia mmg smooth giler..kedap hentakan..bleh jalan2 dlm keta..comfort..pintu otomatik..rasa mcm dlm kapal terbang lak..kalah keta merc dgn lotus(antara keta mewah yg aku penah naik n drive sendirik)...bukan keta aku la tapi..keta bapak n abang aku..huahuahua...

*aku dah mula jatuh cinta ...tan sri mana laa yang aku nak kikis nih..(mimpi je laaa)hnnss..hnss..hnss(dah lama incik fakri tak guna perkataan ni :P )

Selasa, 2 September 2008

:: Funny Bill-boards ::






Ahad, 31 Ogos 2008

:: MERDEKA ke 51 ::

Tahun ni sekali lagi negara selamat menyambut kemerdekaan yang ke 51...permasalahannya...what's the meaning of independence for Malaysia secara asasnya??.. kalau negara pun di tadbir berpaksikan pemerintahan diktator... so..aku rasa tak de ape yg nak di merdekakan skrg ni.. hahah..

Macam biasa..stiap kali hari merdeka..aku lepak kat rumah..layan tv.. tak pun lepak2 makan dgn kengkawan..hmm...tgh berpikir2 gak ni..aper yg aku nak merdeka kan erk???

mengenai logo merdeka ke 51 ni plak.. kononnya sama dgn simbol Taiwan... baca kat sini .
buta2 je org yang buat logo ni dapat RM10,000... lepas ni aku nak cipta logo gak la.. copy paste je dari mana2 simbol... untung2 boleh dapat rm10,000 gak..hahahah.. dah la..nak tido dah...

Selasa, 22 Julai 2008

Rahsia Garis Tapak Tangan


amaran keras!!! jgn terlampau mempercayai..stakat syiok2 leh la..layaaann...

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas...setiap garisan mempunyai maksud tertentu. tapi jangan la panik, bukan semua garis yang di nyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang..And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebainya. so selamat 'menilik'.. jgn tersalah tilik sudah la!

1. Garisan Kehidupan
Garisan bertanda no 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorg itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunya garis yang sedemikian lebih2 lagi jika garisnya mencecah hingga ke hujung.

2. Garis kecergasan
garis bertanda no 2 ini pula bersangkutan dgn tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorg pelajar, jika ia jelas terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorg yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dgn lebih gigih.. bagi kamu,setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha gigih. tidak hairanlah org yang mempunyai garisan ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. manakala sekiranya gadis itu putus2 dan terdapat cabang2 lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut,ada di antara kamu yang mempunyai garis putus2 ini 'curang' dan menjalankan hubungan cinta dengan lebih dari seorg gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis Kejayaan
cuba kamu perhatikan garis yang ebrtanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? kadangkala terdapat sesetengah org yang mempunyai dua atau lebih garisan ini. dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa jua yang dicerburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu

5. Garis matahari
Bukan semua org yang emmpunya gari ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukakkan kamu menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. sebab itulah, ada orang yang mempu meraih kejayaan dalam dua bidang yang di lakukan dalam masa yang sama. ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6.Garis Kesihatan
sama seperti garis kehirupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas,lurus dan tidak putus2.sekiranya garis ini terputus2,ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. begitu jugak sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
sekiranya garisan itu membentuk bulantan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama2nya. perkahwinan wejud hanya sekali saja dalam hidup kamu.

8. Garis bilangan anak
setiap org pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa org anakkah yang kamu inginkan? tidakkah kamu perlu mengetahuinya? apa yang perlu kamu lakukan ialah mengira berpaa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah anak kamu nanti.

9. Gari perjalanan
Adakah kamu ini seorg yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar.suka merantau atau melawat tempat2 yang cukup jelas dan terang,seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup ebrpindah randah dan mudah bosan dangan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempuran dan bahagia. tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi wang yang banyak melalui perkerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan.
cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. terdapat garis2 seolah2 gelangkan? diramalkan, setiap garis membentuk gelak itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. kira saja beraper gelang yang kamu ada dan ramalkan jumpah hayat kamu sendiri. tapi awak..jangan terlalu percaya sangat...ajal maut di tangan tuhan!!..

:: HANYA UNTUK SUKA2...JGN TERLAMPAU PERCAYA::

Jumaat, 18 Julai 2008

:: wanita tabah ::

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama�..

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan..

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga�.

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan Siti Sarah�

Tabah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga�

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar�

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah�


Dr Wan Azizah Wan Ismail..baru je dikurniakan Darjah Panglima Pangkuan Negeri(P.Pinang) .. menjadikan gelaran Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.. dalam sedar tak sedar..rupa2nye dia dah pun berumur 56 tahun (baca kat wikipedia)...

aku tak tahu kenaper sejak dua menjak ni aku terlampau mengagumi peribadi Datuk Seri ni.. Dulu aku kagum pasal dia satu2 nya Isteri menteri yang bertudung... tapi bila tgk pengorbanan dia pada rakyat, suami dan anak2.. aku rasa teruja..sesekali rasa sebak pun ada... nak2 dgn kes suami dia tu.. dia lebih mengetahui siapa suami dia..

tak boleh bayangkan mcm mana perasaan dia masa di parlimen .. dapat lak panggilan dari lawyar kata husband dia di tahan oleh pasukan komando bertopeng lagi.. hish.. aku tak sekuat dia untuk berdepan mende2 mcm tu...

satu2nya wanita yang mampu buat aku teringat cerita2 zaman nabi.. cara dia didik anak(semua bertudung dan menutup aurat).. pengorbanan dia pada suami.. berpendidikan.. hmmm.. tabahnya dia...

Rabu, 16 Julai 2008

stress ????


muahahah...besh besh... cuba mende alah ni... ekcheli mende ni statik je... keje gambar ni mengukur tahap stress kita... makin laju gerakan..maknanyer makin stress la kita...kalau pergerakan nye tak de atau kurang..maknanyer semakin baik la kita handle stress... layaaann.. adeh...pinau mata den hah!!..

Debat Harga Minyak

Datuk Seri Anwar Ibrahim = Datuk Shabery Cheek

Tamat sudah debat pak menteri... 2 Thumbs up tuk datuk seri...mmg apa yg dia kuarkan tu semuanya fakta...siyes respect.. ni la baru menteri kewangan !! wupss.. bekas menteri kewangan..semua yg dia cakap berdasarkan fakta.. tak cukup dgn tu..dia kuarkan personal method nak turunkan harga minyak..n tak cepat melatah dgn pihak lawan yg ungkit perihal peribadi dia yg lelalu..

si shabery plak..banyak yang off topic..pointless..balik2 ungkit kisah yg dah lepas pasal anuar.. apasal laaa Pak Lah tak nak turun sendiri..nak gak tgk dia berdebat.. ni tak.. antar si Shabery nih.. pulak tu.. fakta yg dikeluarkan tu tak kuat langsung... balik2 ungkit pasal personal Datuk seri..ajak berarak di jalan la.. konsert laa.. aper laa... ungkit smua yg dah lepas2... lakar nama mahathir n hasmah di awan la...aiseyman...satu ayat yg tak leh blah "datuk anwar suka ambil kesempatan ke atas rakyat".. muahahah... gilo apo!!...

so..kesimpulannye...errr.. aku sendiri tak tahu ape kesimpulan kepada debat ni.. n aku pun tak braper tahu kenaper mesti debat ni di adakan... hahaha... sbb aku ni bukan la tau sangat pasal politik2 ni.. cuma agak kagum sikit dgn Datuk Seri daripada datuk shabery tu...hahaha...ntah la... aku tgk si shabery tu aku rasa nak tergelak lak... adeh deh deh... pemimpin2 BN semuanya bullshit!!!...(tapi mungkin ada yg baik).. masing2 nak boroikan perut masing2 je.. rakyat di ketepikan.. nak bermegah tak kena tempat...tok guru Nik Aziz jugak yang bagus!!!...




Selasa, 15 Julai 2008

krisis ekonomi-leh caya ke mende ni??!!

"Aku tak baca detail sangat... tapi sejak jadi unit trust consultant ni... aku tahu satu teori yg disebut RULE 72. Org ekonomi tahu benda ni.

Kalau nak tahu half value the money... guna rule ni bahagikan dengan inflasi rate.Skrg ni inflasi 4% >, 72/4 = 18. Meaning to say... dlm masa 18 tahun lagi value duit RM100 skrg akan jadi RM 50 18 tahun akan dtg.

Oleh itu, saving kita hendaklah cari yg dapat bagi return per year lebih besar drpd interest rate. Kalau saving dlm tbg haji 4.75% dgn interest rate 4%, dalam masa 18 tahun akan dtg, secara teori kita akan hanya ada keuntungan 0.75% shj.

OLEH itu juga simpan didalam instrumen yg bolh bagi return yg besar dan selamat."

"pasal financial planning tu, kau kata duit boleh simpan sampai 2nd &3rd generation.Aku ragu2 sikit sbb apa yg aku tahu, pakar2 ekonomi dunia meramalkan akan berlaku krisis ekonomi yg teruk yg boleh hancurkan ekonomi kapitalis. (mereka bukan Tuhan tapi sekurang-kurangnya mereka ada fakta yg kukuh untuk sokong pendapat mereka.Pakar ekonomi Islam yg merujuk kepada Al-Quran dan hadis juga mengesahkan perkara ini pasti akan terjadi)

Bila ekonomi kapitalis collapse, kita tak boleh ambik duit dlm bank.Aku dengar ceramah Mr Matthias Chiang, bekas penasihat politik Tun Dr M.Dia kata ni pasti jadi dlm masa terdekat, 5 thn, tapi perkara ni tak mungkin dicakap dalam perhimpunan agung umno. Dia ni Christian Katolik yg anti-Zionis. Dia kemukakan bukti berupa kenyataan2 oleh penasihat2 Bush, professor di Havard dan Oxford, org2 kuat IMF, Bank Dunia dan segala sifu zionis. Mrk kata system ekonomi kapitalis akan collapse,keadaan dunia akan jadi lebih teruk daripada krisis ekonomi dunia 1930's. Mamat ni masih close dgn Tun Dr M dan tulis buku tajuk "FUTURE FASTFOWARD".

Aku juga jumpa Umar Vadillo yg terkenal di peringkat dunia kerana mengkaji system kapitalis. Aku pernah wawancara dia di Hotel Prince,KL masa dia dtg nak jumpa Tun Dr M. Dia kata system kapitalis memang dah nak hancur tak lama lagi. Jadi org sekarang beli duit emas yg dikeluarkan oleh syktnya beribupejabat di Dubai dan ada cawangan di
Labuan. Dia kata kat aku, org Malaysia yang paling byk simpan duit emas dalam akaun syarikat dia ialah Dr M dan Pak Lah. Maknanya Dr M dan Pak Lah memang well prepared untuk hadapi kehancuran system kapitalis.

Seorang professor ekonomi di UIA, Prof Kamil ada tulis buku pasal masalah duit kertas dan duit dalam bentuk angka ni (duit elektronik).Dia kata duit dalam bentuk angka tu sebenarnya tak wujud pun dlm bank. Duit kertas yg kita simpan bawah bantal atau tabung di rumah pulak akan menyusut dan menyusut dengan teruk sekali nanti. RM1,000 hari ni tak boleh beli apa pun di masa depan. Terkejut aku baca penerangan dia pasal "money creation" oleh bank. Masalahnya, cerita pasal ni tak keluar pun dalam akhbar arus perdana Malaysia (i.e. berita harian,utusan, star, nst. Akhbar kita hanya memetik sebijik2 laporan CNN, BBC, CNBC, Reauters yang sebenarnya tak betul tu). Sekarang, ekonomi sudah teruk. Nak tahu teruk atau tidak, jangan tengok CNN, CNBC, Reauters
dan sebagainya. Media macam ni tak akan cakap perkara yg benar. Tapi bacalah akhbar2 eksklusif utk geng2 Zionis spt Herald, Weekly Commentator, Jerusalem Post, etc.Akhbar ni boleh di access via internet. Media mcm ni dibaca oleh sifu-sifu zionis. Aku kmudian buat research sikit2 pasal money meltdown melalui internet. Lepas tu, aku buat research pasal kekayaan dalam Islam. Aku dapat tahu kekayaan sebenar ialah :-

1. tanah (lebih baik tanah tepi sungai atau yg ada air mengalir berdekatannya)
2. emas dan perak

Mengejutkan, sekarang ini emas lah yang sedang dikumpul oleh zionis. Rezab emas terbesar berada di US dan Europe. Nak ambil emas, mereka tukarkan kepada negara lain dgn duit kertas. Harus diingat geng2 Zionis itu lah juga yg memiliki bank. (Sila rujuk
buku2 atau rencana internet mengenai sejarah dan asal usul bank)

Sudahnya, kita semua satu dunia, simpan duit kertas yg menurut pakar ekonomi tak akan bernilai di kemudian hari. (RUJUK RENCANA2 VIA INTERNET DI BAWAH TOPIC "THE DEATH OF MONEY) Yg bernilai ialah emas, minyak dan kemudiannya air bersih. (kerana air akan tercemar dengan teruk di masa depan. BBC pada tahun 2001 melaporkan bahawa air Sea of Galilee (sebuah tasik sebenarnya) di Palestin sedang surut dan tidak ada tanda2 akan pasang semula. Saintis buat kiraan dalam 50 tahun lagi tak ada setitik air pun disitu. Middle East dan Zionis akan bercakaran kerana air pulak! Separuh kedua abad ini adalah era "haus kerana tidak ada air" dan "bergelap kerana tiada minyak" menurut kata penganalisis dunia).

Tahun lepas, aku attend seminar nuclear di hotel renaissance. Seorang pakar Jepun kata minyak dlm bumi ni hanya bertahan utk 30 tahun saja. Lepas tu, aku tanya Tan Sri Penasihat Sains Negara, "Tan Sri, apa kita nak buat sebab kita tak ada polisi tenaga nuklear?" Dia jawab, "no comment. You kena tanya menteri." Aku call pejabat menteri, menteri lak pergi US. Masa tu aku tengah tulis rencana mengenai polisi tenaga nuclear Malaysia sebagai persediaan hadapi kekurangan minyak.

Aku juga pernah wawancara seorang ahli korporat yg juga kawan baik atau mungkin juga kroni kepada Tun Dr M. Datuk ni mengaku dia tak simpan duit kertas dlm bank, tapi simpan duit emas. Keuntungan yg dia dapat daripada aktiviti perniagaan pulak dibahagi-bahagikan pada org miskin. 'I don't keep money," macam tu lah dia kata kat aku. Lepas aku wawancara dia, dia bagi hadiah kat aku tiga buah buku berkaitan duit kertas dan
kaitannya dengan RIBA (FAEDAH BANK). Buku tu menerangkan bahawa RIBA (FAEDAH BANK), duit kertas dan duit elektronik akan dengan sendirinya jadi penyebab kepada kehancuran system ekonomi kapitalis nanti.Bukti dah ada depan mata iaitu krisis ekonomi Asia 1997 angkara George Soros dulu. Datuk tu kata dia tengah kaji Al- Quran
dan dpt tahu apa erti kekayaan yg sebenar. Bila baca surah Yusuf, dia terkejut dan baru tahu kita semua kena simpan MAKANAN, bukannya DUIT KERTAS or DUIT ELEKTRONIK. Mengejutkan juga bila dapat tahu, US sekarang, selain emas dan minyak, sedang mENYIMPAN MAKANAN SEBERAPA BANYAK YG BOLEH! Duit kertas dan duit elektronik pulak dilambakkan ke negara lain di mana tiga per empat daripada dolar sekarang sedang
berligar2 di luar US dan sedang menunggu masa untuk collapse. (rujuk rencana2 mengenai krisis dolar Amerika).

Di sini aku petik sikit beberapa kenyataan :-

MD IMF, Rodrigo de Rato, "We believe such a large imbalance of growing indebtedness by the US is a risk not only for the US economy, but for the world economy.

Bob Mc Teer, Presiden Reserve Bank of Dallas "over time there is only one direction for the dollar to go - lower".

Warren buffet, pemain saham terkenal dunia kata : "we view them as TIME BOMBS both for the parties that deal in them and the economic system."

Paul Volker, bekas pengerusi Federal Reserve Board, "we have a 75% chance of a crisis wi! thin 5 years".

Aku sekadar nak berkongsi pengetahuan dan mencetuskan pemikiran sahaja. Apa pun kau fikir pasal maklumat aku ni, terpulang lah. Wallahualam


Regards,
Saiful Ngatmi


--
Rgds,

Ahmad Shahril bin Abdul Aziz
Agency Supervisor
PUBLIC MUTUAL BERHAD

**menggerunkan dowh...kalau lagi 50 tahun...umur dah 72..adeh..dah tahap bangka dah tu... uish.. gawat2!!!

Rabu, 9 Julai 2008

Hasan Al Awadh




aiseyman.. kali ni tetiba datang mood keinsapan laa.. alhamdulillah..ada gak aku merasa perasaan ni.. tapi ntah bila nak bertobat nye..tak tahu la...cepat2 laa syima ooiii...

ni nak kongsi sikit video budak ni...nama budak ni Hasan Al Awadh.. tak pasti la dia dari mana...aku layan video ni since poser tahun lepas...1st time tgk, agak menyentuh sanubari la jgk.. tetiba terasa ketul2 air menitik...(cheh..dah mcm ais ketul lak..)

tak caya?? try la...hayati betul2 apa yang dia baca tu.. MasyaAllah...aiiihhh... tak tahu la nak kata camne...speechless terus dibuat nye..dah la... kita layaaannnggg...

Tips Dari Supervisor Petronas....

email dari kawan kepada kawan kepada kawan aku....(aku dalam cite ini adalah si pencerita)

ni petua yang baru aku dapat dari petugas stesen minyak petronas selayang....
masa2 tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu korang nak
isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu
aku dengan supervisor minyak ni agak rapat la, so dia rasa aku org yang
agak sesuai kot utk dia berikan tips mcm mana nak turunkan harga 2.07 sen
kat pam minyak jadi 1.98 or suka ati korang la nak letak berapa sen...
mula2 mmg aku tak percaya... tapi......


1. korang kena gi kaunter pam tu cakap nak isi penuh bagi le berapa pun...
dengan mengatakan isi penuh jer korang boleh setting balik harga kat pam
korang pilih tu... x kira la pam 1 ke, pam 2 ker jgn pam angin atau NGV
sudah la...

2. korang gi balik kat pam korang tu, dan jgn angkat nozel lagi.

3. kat pam tu kan ada dua punat2 utk nomor (bukan utk credit card tau) yang
bawah pada screen liter tu... kira mcm nak isi manual nyer harga la

4. korang tekan 'clear' - utk resetkan harga yang kaunter minyak tu set
tadi

5. then korang tekan enter - 3x

6. then korang tekan '0' , '0', '1', '9', '8' (1.98 sen seliter) atau
korang tekan la berapa pun korang suka

7. pastu korang tekan enter - 3x sekali lagi

8. tekan butang clear - 2x

9. then korang tekan berapa puluh korang nak isi

10. tekan enter lepas dah masukkan nilai isian

pastu... supervisor petrol pam akan jumpa korang



"woi apa ko buat ni... main tekan-tekan ni... xde keje lain ker...!!!!"



so korang dengan muka selamba isi jer minyak dengan harga baru kerajaan RM
2.70 seliter...


HEHEHEHE aku pun terkena... Dah pegi buat keje! ;-D


*hahahaha...suka betoi aku bila terkena mcm ni...binawe sungguh..

Isnin, 7 Julai 2008

Malaysia ku....

Malaysia oh Malaysia...apa salah dgn malaysia??

aku tak rasa Malaysia negara yang bermasalah..cuma aku rasa...pemimpin Malaysia tu sendiri yang bermasalah...mcm2 isu timbul sejak dua menjak ni.. mula2 dulu di kejutkan dgn penglibatan DPM dgn wife dia dalam pembunuhan altantuya.. wanita mongolia...sah sah nama Malaysia dah tercalar kat Mongolia tu...lepas tu... kes tu 'dilindungi' pulak dgn kes liwat mantan DPM dato Seri Anwar Ibrahim...senyap terus kes pembunuhan tu...

nak cerita panjang2 pun..rasanye sumer org dah tahu.. cuma bila aku baca surat khabar..contohnye.. harian metro..berita harian...harakah daily..malaysiakini..mcm2 cerita yang telah diputar belitkan..org ni kata mcm ni..org tu kata mcm tu...cuma..bila kita banyak membaca..mungkin kita dapat buat andaian sendiri..siapa yang cuba berselindung di sebalik bilik kaca yang bertransparent..

mohon pada Allah Taala moga ditunjukkan org yang membuat fitnah tu..dan di berkati hidup org yang di fitnah...amiin...tringat pada kes Anwar pada tahun 1998..aku dapat tgk video esklusif...masa hari Anwar di tahan di rumah...depan anak bini dan penyokong...isk isk isk..apa yg aku boleh kata...polis mmg tak berhati perut..masih ingat lagi dlm kepala otak aku ni..

dah la...apa yg aku boleh kata kan..berbahagia la org yang terkena dgn permainan fitnah ni..tak di dunia..di akhirat kelak..

* tak sabar nak tunggu, tilam tebal mana la plak yang dorg nak angkut ke mahkamah..muahahah .. jijik giler... tu saje nak memalukan mangsa tu..ape salah nye bawak sample je...aihh.. rosak2.. bersungguh2 sampai bawak tilam haaa... lain kali bawak cadar, towel,bantal dan sewaktu dgn nye..baru bes...hahahah...hakim pun mcm ngok je..patut la pun...kena ikut arahan rupa nye..teeett...

Khamis, 13 Mac 2008

Sekadar suka2...

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Isnin, 10 Mac 2008

duit rm50 berwajah baru!!!

2nd entri aku utk ari ni...eh..2nd ke 3rd erk?? ntah laa...aku bosan laaa!!! layan kan aje..huhu..

ni la rupa nye duit 50 hinggit yang bakal di keluarkan..stakat ni, masih menggunakan duit lama lagi...kiranyer ni limited edition la..kenkonon..huhuhu....

PRU12-FINAL RESULTS...


kEJuTaN!!!

Hamek koo!!! kejutan buat Barisan Nasional terutama skali utk Pak Lah...mana tak nye.. 4 buah negeri terjatuh di tangan lawan...hahahaha...plus kempunan nak tawan Kelantan..bila tgk paper smlm, baru la nampak sedikit pergerakan statistik tu..kalau tak..smua BN yg bolot..

tapi bukan la bermaksud aku menyokong parti lawan atau barisan sendiri..cuma kadang2 rakyat nak kan pembaharuan.. kita sokong parti yg sama stiap 4 thn, tapi tak pernah berubah!!.. tol still naik, minyak naik,barang naik....gaji tak naik2 pun..cheewah..mcm aku ni dah bergaji je erk..kuikuikui...

tak kisah la mana2 parti yg menang skali pun...yang aku harapkan skrg ni..cari la solution yg tak menjahanamkan rakyat..cian rakyat2 mesia ni..bukan nye smua nye mampu...kan kan...

aku teringat makcik yg bertanding utk 'keris'...ape cerita dia erk?? hahahah..permainan politik sungguh!!tak masuk akal pun satu hal gak...mak cik jual kain yg pendapatan dia tak de la beratus2 sehari...sanggup bertanding...memperjudi kan rm20000 utk letak nama dia dlm kertas undi tu..huhuhuh....aper kes???

Sabtu, 8 Mac 2008

kewl!!... nice pitcha....











so...wat do u think???muahahah...ekcheli ni smua 3d illusion..increadible!!! Julian Beever.. English artis yg terkenal di negara Europe....kewl huh??