Selasa, 22 Julai 2008

Rahsia Garis Tapak Tangan


amaran keras!!! jgn terlampau mempercayai..stakat syiok2 leh la..layaaann...

Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas...setiap garisan mempunyai maksud tertentu. tapi jangan la panik, bukan semua garis yang di nyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang..And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebainya. so selamat 'menilik'.. jgn tersalah tilik sudah la!

1. Garisan Kehidupan
Garisan bertanda no 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorg itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunya garis yang sedemikian lebih2 lagi jika garisnya mencecah hingga ke hujung.

2. Garis kecergasan
garis bertanda no 2 ini pula bersangkutan dgn tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorg pelajar, jika ia jelas terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorg yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dgn lebih gigih.. bagi kamu,setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha gigih. tidak hairanlah org yang mempunyai garisan ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah

3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. manakala sekiranya gadis itu putus2 dan terdapat cabang2 lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut,ada di antara kamu yang mempunyai garis putus2 ini 'curang' dan menjalankan hubungan cinta dengan lebih dari seorg gadis/jejaka dalam masa yang sama!

4. Garis Kejayaan
cuba kamu perhatikan garis yang ebrtanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? kadangkala terdapat sesetengah org yang mempunyai dua atau lebih garisan ini. dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa jua yang dicerburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu

5. Garis matahari
Bukan semua org yang emmpunya gari ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukakkan kamu menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. sebab itulah, ada orang yang mempu meraih kejayaan dalam dua bidang yang di lakukan dalam masa yang sama. ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.

6.Garis Kesihatan
sama seperti garis kehirupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas,lurus dan tidak putus2.sekiranya garis ini terputus2,ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. begitu jugak sebaliknya.

7. Garis perkahwinan
sekiranya garisan itu membentuk bulantan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama2nya. perkahwinan wejud hanya sekali saja dalam hidup kamu.

8. Garis bilangan anak
setiap org pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa org anakkah yang kamu inginkan? tidakkah kamu perlu mengetahuinya? apa yang perlu kamu lakukan ialah mengira berpaa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah anak kamu nanti.

9. Gari perjalanan
Adakah kamu ini seorg yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar.suka merantau atau melawat tempat2 yang cukup jelas dan terang,seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup ebrpindah randah dan mudah bosan dangan sesuatu tempat.

10. Garis kewangan
setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempuran dan bahagia. tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi wang yang banyak melalui perkerjaan yang kamu lakukan itu.

11. Garis pergelangan tangan.
cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. terdapat garis2 seolah2 gelangkan? diramalkan, setiap garis membentuk gelak itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. kira saja beraper gelang yang kamu ada dan ramalkan jumpah hayat kamu sendiri. tapi awak..jangan terlalu percaya sangat...ajal maut di tangan tuhan!!..

:: HANYA UNTUK SUKA2...JGN TERLAMPAU PERCAYA::