Jumaat, 18 Julai 2008

:: wanita tabah ::

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH

Mampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama�..

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan..

Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga�.

Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan Siti Sarah�

Tabah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga�

Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar�

Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah�


Dr Wan Azizah Wan Ismail..baru je dikurniakan Darjah Panglima Pangkuan Negeri(P.Pinang) .. menjadikan gelaran Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.. dalam sedar tak sedar..rupa2nye dia dah pun berumur 56 tahun (baca kat wikipedia)...

aku tak tahu kenaper sejak dua menjak ni aku terlampau mengagumi peribadi Datuk Seri ni.. Dulu aku kagum pasal dia satu2 nya Isteri menteri yang bertudung... tapi bila tgk pengorbanan dia pada rakyat, suami dan anak2.. aku rasa teruja..sesekali rasa sebak pun ada... nak2 dgn kes suami dia tu.. dia lebih mengetahui siapa suami dia..

tak boleh bayangkan mcm mana perasaan dia masa di parlimen .. dapat lak panggilan dari lawyar kata husband dia di tahan oleh pasukan komando bertopeng lagi.. hish.. aku tak sekuat dia untuk berdepan mende2 mcm tu...

satu2nya wanita yang mampu buat aku teringat cerita2 zaman nabi.. cara dia didik anak(semua bertudung dan menutup aurat).. pengorbanan dia pada suami.. berpendidikan.. hmmm.. tabahnya dia...