ok..ni post aku yg terakhir sblm aku betoi2 berangkat balik... balik kg seminggu...yeeaayy!!!
ok la..memandangkan ari ni dah pun menyambut ulang bulan ke 15 perhubungan aku dgn Mr Musyuk..so.. just nak cakap...selamat menyambut ulang bulan ke 15 to me n my musyuk(syiok sendiri)..hahaha..
nak cakap sikit pada mr musyuk iaitu incik fakri...syima teramat amat sayang pada abang.. syima cukup hepi sepanjang 15 bulan kita bersama.. biar pun kadang2 ada sikit perbalahan..tapi syima rasa mende tu buatkan kita makin rapat dan rapat... thanks for giving ur heart to me..thanks for everything u've done to me... thanks..thanks..and thanks.. tak tahu nak cakap apa...
and.. mintak maap kalau slama kita bersama...syima banyak menyinggung ati abang..i luve u soo much sayang!!!!.. musyuk n masyam always n forever..
hahahah... dah dah..kang ada yg meluat lak...aper2 pun...thanks dgn 'hadiah' abg kasi tu.. syima bangga ada sayang!!!...
ok...masa utk gerak...assalamualaikum!!
Ahad, 27 Julai 2008
:: Slamat ulang bln ke 15 ::
at 9:22 PGSabtu, 26 Julai 2008
:: memain dgn photoshop ::
at 11:49 PTGbosan giler ari ni.. start esok..aku balik kg seminggu lebih.. rindu kat kampung halaman dah tak tertanggung dah...(ekcheli penat nak jawab dgn mama)..
so.. mlm2 yg boring ni..aku blaja la wat mende yg aku nak buat sblm2 ni.. iaitu mewarna gambar yg di kehendaki..sblm2 ni pernah cuba..tapi tak berjaya..so..aku uninstall balik.. aku donlod balik..alhamdulillah jadi la gaaakk.. mungkin ada silap masa donlod koot..ntah laa.. ni la hasil bosan malam2 ni.. bodoh2 je sbnrnye.. jadi laa ...utk permulaan..

and satu lagi...tukarkan gambar jadi sketch image....assalnye gambar dia camni..
bila dah di edit2... tekan sana..tekan sini...akhirnye jadik la cam ni... 
nak tahu camne nak buat...korang2 gi la kat sini..
1. warnakan image yang di kehendaki ===> :: klik sini ::
2. utk buat api ===> :: klik sini ::
3. tukarkan gambar jadi gambar sketch ===> :: klik sini ::
semua ni aku belajar di fungkur.org dgn syok.org ...
:: rembat hp baru ::
at 12:37 PTGsmlm gi Plaza Alam sentral dgn kengkawan kampus.. dgn hajat nak rembat hp nokia 3310..hahah.. pusing punya pusing.. tak jumpa2 la plak.. then.. di sebabkan member pun nak cepat.. aku terus terbeli satu hp nih...kiranye...lebih kurang nokia 3310 laa.. :p
balik2.. terus bagitahu pada mr musyuk aku...hahaha...skali dia kata hp aku sama dgn hp dia laa.. aiseeyy.. canner leh lupa lak nih... aku mmg tahu dia pakai SE...tapi tak tahu la plak sama model.. tapi tak pe la... itu nama nya kami sehati sejiwa..hahahaha..
so...lepas dah beli...baru la aku check habis habisan dgn hp ni... skali aku terbaca lak komen2 dari pengguna..dorg kata hp ni ada problem dgn keypad ...aisey..ye ke?? ntah la..so...kena la aku mengguna dgn berhati2.. tak pe la..ada chance aku mengabiskan duit bapak aku lagi..kuikuikui...
nak tahu mengenai hp ni lebih lanjut..sila2 la ke sini erk.. layaaann..
Khamis, 24 Julai 2008
:: Hari khamis yg menggelabah ::
at 10:36 PTGuhh..dah penat press otak ni..kita lek lek lu.. assal mulut ni asyik nak pot pet je dari tadi??.. dah sampai kes cakap sorang2 lak... adess.. terlebih press otak aku rasa..
tadi pagi tak gi kelas..almaklumat je laa... tido pun nak dekat kul 9 pagi.. kelas lak kul 8.. kalau gi kelas gak..kompem2 tido dlm kelas.. malangnye..hari ni ada test..muahaha..padan muka aku.. lecturer tu la... buat lawak khamis lak... smua student tak prepare..muahaha.. kwn aku msg lepas kelas..dia kata ada test.. terus aku call lecturer..kata ada hal..dia suruh amik next week..muahaha... aku ada masa nak study..kwang3...bijak dak taktik aku??
tadi anak buah aku yg mcm mak nenet tu tepon aku.. dia cakap dia dapat no 1 dalam kelas..muahaha.. itu bermakna..ada sumthing yg dia nak dari aku..aku pun nak sedapkan ati dia..dgn slumber nye cakap.. "ok..nanti ashu balik ashu blanja ok.....(senyap kejap).. blanja 'makan' angin...muahahaha...cair bendasing dlm telinga aku dengar dia jerit..muahaha..suka suka...
1 citer yg tak besh... pekerja abang aku(CIK DIN)... yg kena buatan org(ustaz la cakap)..click sini dah pun kembali ke rahmatullah pukul 1 pagi smlm..aiseeyy..kesian giler dgn anak bini dia.. masa aku balik 2 3 minggu sblm ni.. mama aku cakap.. cik din dah merepek2.. dia marah2 bini dia.. pas tu dia tak nak tinggal dgn bini dia.. terkontang kanting la bini dia kesorgan..rupa2nya dia lebih mengetahui.. sama kes laa dgn arwah abang aku..hmmm
aper2 pun..moga roh dia di rahmati dan di tempatkan di kalangan org yg soleh.sedekah alfatihah sikit..AL-FATIHAH...
tuh je la citer dari aku... nak sambung study sikit lagi..huarrrghh..ngantuk2..oh ye..incik fakri ku tadi gi interview kat bangi..harap2 dia dapat kije tu..leh kawin cepat..muahaha..gediks giler..
Rabu, 23 Julai 2008
Apollo Moon Landing Hoax
at 4:41 PG
video kat atas ni tgh tunjuk mcm mana pembikinan video "manusia pertama jejak kaki ke bulan".. di ulang sekali lagi..pembikinan video..muahaha.. ok la..secara detailnya America dah mengaku yg rakyat dia yg pertama jejak kaki ke bulan pada 20 july 1969.. nama astronaut nye.. Niel Alden Armstrong..kemudian diikuti Buzz Aldrin..dorg gi sana dgn Apollo 11..so..baru2 ni..genap la 39 tahun rakyat america pertama jejakkan kaki ke bulan...
tapi citer ni semua mengarut..since tingkatan 1 aku dah dengar cerita ni...sumernya conspiracy.. Cikgu BM aku bersungguh2 kata America kaki kencing... dia kata..kat bulan mana ada oksigen ..then bendera tu pasal apa plak tegak?? tapi masa tu aku percayakan aje la..budak2 la kata kan.. ntah mcm mana,jalan2 kat youtube, skali terjumpa mende alah nih... hahaha... video paling kelakar lak aku rasa.. nak percaya atau tak...terpulang lah.. aku pun tak tahu sangat..mcm biasa.. nak tahu keterangan lebih lagi..sila la ke wikipedia erk..
* beraper banyak "f*ck" yang dia sebut dlm video ni pun aku tak tahu la..mcm bersungguh2 je(hahah).. nak tahu aper yg dorg borakkan tu..sila klik sini erk...
Selasa, 22 Julai 2008
Rahsia Garis Tapak Tangan
at 1:46 PTG
amaran keras!!! jgn terlampau mempercayai..stakat syiok2 leh la..layaaann...
Cuba perhatikan setiap garisan pada tapak tangan korang dan bandingkan dengan garisan yang dinomborkan seperti di atas...setiap garisan mempunyai maksud tertentu. tapi jangan la panik, bukan semua garis yang di nyatakan itu terdapat pada tapak tangan korang..And of course la bentuknya juga berbeza-beza.. Ada yang kurang jelas, putus-putus dan sebainya. so selamat 'menilik'.. jgn tersalah tilik sudah la!
1. Garisan Kehidupan
Garisan bertanda no 1 ini adalah berkaitan dengan kehidupan kamu. Semakin ia panjang dan terang garisnya, semakin baik maksudnya. Dikatakan seseorg itu akan panjang jangka hayatnya jika mempunya garis yang sedemikian lebih2 lagi jika garisnya mencecah hingga ke hujung.
2. Garis kecergasan
garis bertanda no 2 ini pula bersangkutan dgn tahap pemikiran dan keupayaan kamu untuk berjaya ke peringkat tinggi. Misalnya seorg pelajar, jika ia jelas terang dan lurus, ia memperlihatkan bahawa kamu seorg yang bekerja keras untuk berjaya dalam pelajaran dan kamu berupaya untuk belajar dgn lebih gigih.. bagi kamu,setiap kejayaan perlu disertakan dengan usaha gigih. tidak hairanlah org yang mempunyai garisan ini mampu menjejakkan kaki ke menara gading tanpa sebarang masalah
3. Garis hati/cinta
Garisan ini melambangkan perasaan dan percintaan kamu. sekiranya kamu mempunyai satu garis yang panjang dan lurus, ia menunjukkan bahawa kamu setia dalam percintaan dan mungkin hanya mengalami satu episod cinta saja. manakala sekiranya gadis itu putus2 dan terdapat cabang2 lain, ini menunjukkan kamu mungkin mempunyai beberapa pengalaman gagal dalam bercinta sebelum menemui cinta yang sejati. Malah jangan terkejut,ada di antara kamu yang mempunyai garis putus2 ini 'curang' dan menjalankan hubungan cinta dengan lebih dari seorg gadis/jejaka dalam masa yang sama!
4. Garis Kejayaan
cuba kamu perhatikan garis yang ebrtanda nombor 4 ini. Adakah ia terdiri daripada satu garis sahaja? kadangkala terdapat sesetengah org yang mempunyai dua atau lebih garisan ini. dikatakan mereka ini bakal memperolehi kejayaan cemerlang dalam dua kerjaya atau apa jua yang dicerburi oleh mereka nanti, mengikut garis yang terpamer di telapak tangan kamu itu
5. Garis matahari
Bukan semua org yang emmpunya gari ini yang kelihatan dengan begitu jelas dan nyata. sekiranya kamu mempunyai garisan sedemikian, ia menunjukakkan kamu menjadi kaya dan terkenal dalam kehidupan kamu. sebab itulah, ada orang yang mempu meraih kejayaan dalam dua bidang yang di lakukan dalam masa yang sama. ini kerana sudah tersurat bahawa mereka ini mudah mendapat kejayaan.
6.Garis Kesihatan
sama seperti garis kehirupan, sebaik garisan adalah yang kelihatan jelas,lurus dan tidak putus2.sekiranya garis ini terputus2,ini menunjukkan tahap kesihatan kamu tidak begitu baik. begitu jugak sebaliknya.
7. Garis perkahwinan
sekiranya garisan itu membentuk bulantan menghala ke arah kanan hingga ke tapak tangan, kamu diramalkan bakal mempunyai sebuah perkahwinan yang kekal dan bahagia selama2nya. perkahwinan wejud hanya sekali saja dalam hidup kamu.
8. Garis bilangan anak
setiap org pasti ingin atau menyimpan hasrat untuk memiliki cahaya mata sendiri bila tiba masanya nanti. Berapa org anakkah yang kamu inginkan? tidakkah kamu perlu mengetahuinya? apa yang perlu kamu lakukan ialah mengira berpaa banyak garisan halus dan pendek yang kamu miliki dan ia sebenarnya mewakili jumlah anak kamu nanti.
9. Gari perjalanan
Adakah kamu ini seorg yang sukakan sesuatu kehidupan yang mencabar.suka merantau atau melawat tempat2 yang cukup jelas dan terang,seperti yang dinyatakan pada garisan bernombor 9. tidak hairanlah sekiranya kamu ini juga suka hidup ebrpindah randah dan mudah bosan dangan sesuatu tempat.
10. Garis kewangan
setiap orang semestinya mengimpikan kehidupan yang sempuran dan bahagia. tentu sekali ia mudah dicapai jika mempunyai kewangan yang kukuh. bagi kamu yang memiliki garisan bernombor 10 ini dengan jelas dan terang, dikatakan kamu mampu memperolehi wang yang banyak melalui perkerjaan yang kamu lakukan itu.
11. Garis pergelangan tangan.
cuba kamu perhatikan pada pergelangan tangan kamu di sebelah dalamnya. terdapat garis2 seolah2 gelangkan? diramalkan, setiap garis membentuk gelak itu mewakili 25 tahun jangka hayat kamu. kira saja beraper gelang yang kamu ada dan ramalkan jumpah hayat kamu sendiri. tapi awak..jangan terlalu percaya sangat...ajal maut di tangan tuhan!!..
Jumaat, 18 Julai 2008
:: wanita tabah ::
at 10:12 PTG
LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAHMampukah aku menjadi seperti Siti Khatijah?
Agung cintanya pada Allah dan rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah
Susah dan senang rela bersama�..
Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri rasulullah yang bijak
Pendorong kesusahan dan penderitaan
Tiada sukar untuk dilaksanakan..
Mengalir air mataku
Melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya, yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
Layaklah dia sebagai wanita penghulu syurga�.
Ketika aku marah
Inginku intip serpihan sabar
Dari catatan Siti Sarah�
Tabah jiwaku
Setabah ummi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
Mencari air penghilang dahaga�
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
Itulah wanita Siti Hajar�
Mampukah aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah, harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah�
aku tak tahu kenaper sejak dua menjak ni aku terlampau mengagumi peribadi Datuk Seri ni.. Dulu aku kagum pasal dia satu2 nya Isteri menteri yang bertudung... tapi bila tgk pengorbanan dia pada rakyat, suami dan anak2.. aku rasa teruja..sesekali rasa sebak pun ada... nak2 dgn kes suami dia tu.. dia lebih mengetahui siapa suami dia..
tak boleh bayangkan mcm mana perasaan dia masa di parlimen .. dapat lak panggilan dari lawyar kata husband dia di tahan oleh pasukan komando bertopeng lagi.. hish.. aku tak sekuat dia untuk berdepan mende2 mcm tu...
satu2nya wanita yang mampu buat aku teringat cerita2 zaman nabi.. cara dia didik anak(semua bertudung dan menutup aurat).. pengorbanan dia pada suami.. berpendidikan.. hmmm.. tabahnya dia...






