Jumaat, 21 Mei 2010

:: Chor Dalam Ingatan ::

Hari ni telah genap 6 tahun arwah chor bersemadi di 'dunia' dia...
Rindu...tersangat lah rindu...tapi sebagai seorg anak, aku tak leh la nak tunjuk rasa sedih aku pada si ibu..mesti la si ibu lagi terasa kehilangan daripada aku...

pagi2..time nak sarapan..mama tegur.. " Ari ni genap 6 thn arwah chor meninggal..mak dgn ayah nak gi 'rumah' dia..(rumah=kubur)..aku diam kan diri saja sambil leka meratah ayam goreng..skali aku terpandang air bertakung di mata mama aku...fuuhhh...bertahan!!!..

sepanjang aku ke tempat kerja...aku terpikir..tahun ni adalah tahun yg sama hari dgn 6 thn yg lepas...21/5/2004(Jumaat)=21/5/2010(Jumaat)...genap pukul 1.30ptg tadi, ati aku terdetik..bila tgk jam..rupa2nya masa ni la arwah chor dlm keadaan nazak...secara tak sengaja,semua kenangan yang lepas datang kembali...menangis...tp utk seketika...

Ya Allah, Kau tempatkan lah abang aku di kalangan org yg beriman dan beramal soleh.. dia seorg abang yang bertanggungjawab dan terlampau baik!!...aku teramat terasa kehilangan dia ketika ni...(T_T)
*chor tetap dlm ingatan kami sekeluarga...al-fatihah!!...