Sabtu, 29 Mac 2008

EARTH HOUR...

EARTH HOUR is an international event that asks households and businesses to turn off their lights and non-essential electrical appliances for one hour on the evening of 29 March at 8 pm local time until 9 pm to promote electricity conservation and thus lower carbon emissions.

It is promoted by World Wide Fund for Nature Australia (WWF), an environmental lobby group, and the Sydney Morning Herald. The first Earth Hour was held in Sydney, Australia between 7:30 pm and 8:30 pm on 31 March 2007. The 2007 Earth Hour is estimated to have cut Sydney's mains electricity consumption by between 2.1% and 10.2% for that hour, with as many as 2.2 million people taking part. A second Earth Hour, in 2008, is planned to be an international event held in Sydney, many partner cities, and individuals around the world participating.


lagi 6 min sblm earth hour..aku nampak ni satu event yg menarik..thanks to Orell for da info..sumpah aku tak tahu... dari ape yg aku dapat tahu dari orell...bebudak kampus telah sepakat nak join dis event...menarik aite???... walaupun Malaysia tak involve dis event...sekurang2 nye remaaja kita ada kesedaran sivik pasal global warming ni..tringin nak join..aku pun nak matikan letrik satu rumah ni le..leh dak...kuikuikui...sure aku kena katok lepas tu..hahaha...

rindu 'dia'

*reminder-book tshirt iu kat prison....*

baru sehari tak borak dgn musyuk me..dah rasa mcm sebulan tak contact lak..hahaha.. dia sorg je yg aku sayang...so..paham2 je la. :P

smlm 11th month anniversary me n my musyuk...tak de ape pun yg menarik..cuma kata2 ucapan yg cukup2 buat aku 'cair'.. mlm tuh banyak lak kata2 manja yg dia ucapkan pada aku...uhh..tobat aku takkan tinggalkan dia..hahahahah...kalau leh record...mmg dari awal2 aku record...

tadi ptg aku borak dgn atiqi n da geng...ada sorg kawan dia ni dah angau aku rasa..habis kat status dia tulis nama aku..hahaha...mula2 aku tgk..dia tulis "shima..(baby face)...wat sakit ati woo"..aku tak paham maksud dia...aku rasa aku tak sakitkan ati dia lak...haha..kali kedua lak dia tullis..."shima...wat a nice name ~poison~"... hahahah...suka!! suka!!... bangga siot...teeett...

uhhh...fakri!!! fakri!!!...fakri!!!.. dah dah..nak mimpi fakri lak..hahahahah.. KENAPA DIA TIDO AWAAAALLL!!! sian aku...tak ajak aku pun..msg pun tak de...huwaaa... :P

Jumaat, 28 Mac 2008

midterm test...

tadi ada paper knowledge managemant...dah nama pun managemt..maka mmg sah sah la aku mmg cukup tak berkenan...walaupun aku ni datang dari famili busines n bercita2 nak menjadi businesswomen secara part time..hahaha...sapa la yg cipta subjek ni erk..ish ish ish...

seharian study..rasa bagai nak termuntah...dgn kepala berdenyut2..hampir stgh botol minyak cap kapak gak la aku curahkan kat muka ni..tapi bertahan...nak maintain pointer nye pasal...aku redah je laa...alhamdulillah...dalam 25 markah tu dah ada dlm tangan..over 60..dgn penuh kompiden nye...selebih nye aku ikut logik akal je..sbb banyak kes studi...hohoho...

balik2 try check MMLS...skali laoshi aku up esemen mandarin..submit ari ni...wooooo..kena buat karangan lak tu..ya Allah...balik2 dari exam ingat nak rest..skali kena siapkan esemen lak..aduuh...jam otak aku ni.. aku pun blasah je la..alhamdulillah...selesai jugak on time..hampir2 kul 12 aku submit...still ari yg sama jugak kan??..hahah

aku dah penat sangat2 ni..nak baring2..lek lek sementara tunggu encik musyuk saya msg2...tak ingat awek sungguh la dia ni..bz dgn kawan jeee... :P ... hari ni selangor menang ngan perak dlm pelawanan bola..isk isk isk..ni sah sah selangor bagi rasuah...kompem nye la.. :P

Rabu, 26 Mac 2008

aje2 update

kusut la..hari ni jadi mcm ari2 sblm ni...aku hanya perlu sedikit kesabaran dan kekuatan utk melaluinya... utk lupakan problem ni, aku rasa..tak akan... sbb mende ni akan berterusan walau mcm mana skali pun..aku penat sgt2!!!... lupakan problem aku utk seketika..esok aku ada mid term..

tadi dapat email dari lecturer aku...dia kata assignment aku di reject..demmit!!!.. tapi dia puji atas usaha aku..sbb boleh di kata kan hampir ke semua di reject..cuma aku nye esemen agak detail...aduuh...dia bagi masa utk buat...31 hb ni kena submit...eeee...tak suka betul2..

::front::

:: back ::
::front::
::back::
aku dapat email dari member aku di iu group...perghh..baju baru dah kuar...agak besh gak...aku suka baju muslimat tu...ada butterfly lagi..perghhh..suka suka...murah lak tu...baju lengan pendek baru rm21..ha ha ha..rembaaattt!!...

Isnin, 24 Mac 2008

wats wrong wit me??

sumthing wrong sumwhere...inside my OTAK.. :P

dunno y?? perhaps, deep inside my OTAK ada sikit sisa2 atau baki2 aku dgn 'org lama'..PERHAPS!!...or mungkin...got a lot of problem kebelakangan ni...problem ke?? uish!!! malas sgt2 nak ingat..sesungguhnya ianya adalah sesuatu yg sungguh menyeksa pangkal jantung ku..

im not a pretender...bkn nak lari dari smua masalah widout any solution...cuma aku tak nak disbbkan satu mende, kehidupan aku akan jadi tak besh..MACAM HARI NI....gosh!!..aku sbnrnya tak tahu apa yg aku nak dlm idup aku ni...kadang2..bila aku atur kehidupan aku.. apa yg aku plan tu...susah utk aku nak capai..xpecially dlm hubungan laaa...

b4 dis...dgn ma xbf..mcm2 gak la janji yg dah di buat..sama la gak dgn yg skrg ni.. cuma yg skrg ni lebih teliti plak..hahaha...at last..ape je yg aku dapat?? org akan kata..let bygones be bygones..i accept it..tapi kenape bila aku cuba nak bangkit smula.. ada halangan lain plak??..tension...ape je yg aku buat utk hidup ni..puaskan ati org..ati aku ni mcm mana pulak?? ..

aku tak tahu aku marahkan sape sbnrnya..hahahha...sbb smuanya dah bercampur aduk.. kacau bilau jadi nya.. pada sape aku nak lepaskan smua ni??..nak biarkan mende tu lalu pergi mcm tu je ke?? uhh..kalau mcm tu..senang sangat2 la..kalau stakt cerita pada org masalah kita...aku rasa..mende ni takkan settle... tapi mungkin ada sedikit kelegaan di situ...cuma mende tu tak kan kekal..esok2 dia akan datang balik...

arghhh!!! tension...tension..nak gi mandi di bawah shower la..*miss my mr musyuk*

Sabtu, 22 Mac 2008

so romantic loorr...


(posted without permission..amuahaha)

woo woo...ape seksi2 ni..huhuhu...
ekcheli aku dlm kebosanan..so layan laa youtube..skali terpandang lak satu video ni...very nice n romantic couple..terlayan lak 3 4 kali..bukan sbb ada aksi menghairahkan (ghairah ke??) dlm video ni...tapi mungkin sbb KEromantikAn mereka..well...aku kan suka yg romantik2 ni..huahuahau...

masuk pulak blog mamat ni..antara yg dia tulis mengenai video ni...

"This was the weekend we first met.

The first time we kissed. The first time we held each other. The first time we slept with arms entwined, bodies bare and buried under the covers.

It was before the snow melted on the verge of spring, when I would open the windows to dry the sweat from our skin.

I put on a song that made me cry, because she said that it turned her on, and with the tears welling up in my lids, we stared into each others’ eyes.

From the moment we touched, there was never any awkwardness. Only a complete trust, a comforting familiarity, as if we’d known each other for years, a gentle nuzzle of the nose from my baby-faced doll.

And now it’s over."

uhhh...sadis...sadis...sob..sob!!!

problem oh problem...

hmmm....problem is masalah..masalah is problem..ahahahha...aku bermasalah atau aku ada masalah??hmmm...

bermasalahkah aku?? aku rasa aku tak bermasalah..cuma aku akan bermasalah bila masalah tu yg membuatkan aku bermasalah...hahaha..braper banyak masalah daa...

aku dalam mode kesakitan...sakit utk menepis ...hiark hiark...ape yg aku tepis pun aku tak tahu..hahaha...aku cuma nakkan sedikit ruang utk bernapas...sesak napas dah ni...pikir soal parents, esemen, exam... nasib baik aku tak bizikan diri aku dgn aktiviti di kampus...

mama!! i luv u..miss u... tapi kenaper ye?? kenaper ima tak dapat hak istimewa mcm kakak2 ku..huhuhu..sadis nya.. adakah krn aku ni bongsu?? so... ape kena mengena dgn bongsu?? atau... sbb lain yg buat mama jadi sorg yg pengongkong...

tapi sekurang2nya aku bersyukur sgt2... sbb my musyuk sgt memahami aku.. dia bg kata smgat pada aku... mulanya aku dah tak nampak apa yg bagusnya utk teruskan hubungan dgn musyuk me...tapi utk tinggalkan dia...NO WAY!!!... walaupun aku dah pun terlepas...heheh...

kawan2 virtual aku...kawan2 kampus aku...nurul...banyak sgt bg kata nasihat n smgat...yg pastiya skrg ni..jiwa aku lagi tenang tinggal di cyberjaya dari di ipoh...hmmm...sadis nya rasa diri ini!!!

Khamis, 13 Mac 2008

Sekadar suka2...

Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9


no.1
----
Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2
----
Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3
----
Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4
----
Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5
----
Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6
----
Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

Isnin, 10 Mac 2008


ni la rupa nyer poster 10,000 B.C ... aper yang menarik cite ni?? aku rasa sbb binatang dia besau2 bagak kot..besau sangaaat!!!...dah la dok depan..rasa mcm binatang tu nak hempap aku je..huhuhu....

dlm cite ni ada banyak2 puak...yg kelakar nyer...stiap puak, ada mcm2 gaya...so..secara tak langsung..terselit laa kekelakaran nye di situ...dan mcm biasa laa... mende yg tak logik tu mesti ada gak la...

layan laa gak!!! 3.5 stars!!!...

ni lak cite duyung!!! aduuuhh...kesian betoi la dgn local movie negara kita ni...sadis sungguh!!!... ape nak jadi pun tak tahu le... cite ni ada unsur2 kemasyarakatan... buat drama kat tv pun layak!! yg jadikan cite ni menarik...si yassin ngan si apek tu...kalau tak de dorg..mmg tak besh... slow gilr...aku kat dlm tu siap leh berdengkur semenet..hahaha... 2 stars je koot!!

duit rm50 berwajah baru!!!

2nd entri aku utk ari ni...eh..2nd ke 3rd erk?? ntah laa...aku bosan laaa!!! layan kan aje..huhu..

ni la rupa nye duit 50 hinggit yang bakal di keluarkan..stakat ni, masih menggunakan duit lama lagi...kiranyer ni limited edition la..kenkonon..huhuhu....

PRU12-FINAL RESULTS...


kEJuTaN!!!

Hamek koo!!! kejutan buat Barisan Nasional terutama skali utk Pak Lah...mana tak nye.. 4 buah negeri terjatuh di tangan lawan...hahahaha...plus kempunan nak tawan Kelantan..bila tgk paper smlm, baru la nampak sedikit pergerakan statistik tu..kalau tak..smua BN yg bolot..

tapi bukan la bermaksud aku menyokong parti lawan atau barisan sendiri..cuma kadang2 rakyat nak kan pembaharuan.. kita sokong parti yg sama stiap 4 thn, tapi tak pernah berubah!!.. tol still naik, minyak naik,barang naik....gaji tak naik2 pun..cheewah..mcm aku ni dah bergaji je erk..kuikuikui...

tak kisah la mana2 parti yg menang skali pun...yang aku harapkan skrg ni..cari la solution yg tak menjahanamkan rakyat..cian rakyat2 mesia ni..bukan nye smua nye mampu...kan kan...

aku teringat makcik yg bertanding utk 'keris'...ape cerita dia erk?? hahahah..permainan politik sungguh!!tak masuk akal pun satu hal gak...mak cik jual kain yg pendapatan dia tak de la beratus2 sehari...sanggup bertanding...memperjudi kan rm20000 utk letak nama dia dlm kertas undi tu..huhuhuh....aper kes???

Sabtu, 8 Mac 2008

jejalan di hari pilihan raya!!!...

org lain sibuk mengundi...kami2 sibuk berjalan lak..huhuh...blasah je la.. niat asal ke nilai..tapi tetiba tukar rancangan..gi ke bagan lalang lak(kalau tak silap)... sepanjang perjalanan tuh, kami tepoh gak la tempat2 mengundi ni...dah rasa mcm bukan ada kat negara Mesia je...uhh..serabut!!!...



dah sampai di bagan lalang...kami terus ke pantai..sape nye idea ni pun tak tahu le...nak tgk pantai yg kawan aku ni bawak...meh aku up lagi gambo...




mula2 tgk terasa agak cuak jugak lah!! tetiba teringat peristiwa tsunami...uhh..mana air laut nye?? tak nampak langsung!!! grrrrr.....



smua nye under control...kawan aku dok tegur... " anak dato midon tak pernah idup susah... air surut dia kata nak tsunami"...

adduhhh...terasa nye!! terasa nyeee!!.. aku pun cuba la utk membantah..tapi tak de point lak.. uhhh.. keji giler bunyik nye kan...bebudak kat gambar atas ni tgh dok mencari kepah!!! eh...kepah ke?? ye koot...yg ada cengkerang tuh... sonok betul tgk dorg bergelumang dgn selut tu...huhuhuh...

kewl!!... nice pitcha....











so...wat do u think???muahahah...ekcheli ni smua 3d illusion..increadible!!! Julian Beever.. English artis yg terkenal di negara Europe....kewl huh??

Khamis, 6 Mac 2008

welkem home

taraaa....satu lagi kije gile yg aku dah buat...ngeh ngeh ngeh...

tepat pukul 5.25pagi.. aku dah kuar rumah bersama2 sahabat perjuangan aku...menjalankan satu misi rahsia...apakah?? misi menyekodeng..taraaaa!!!!..saper mangsa nye?? tak lain dan tak bukan...mr musyuk saya...encik fakri...hoye hoye!!!

plan awal yg di rancang, smua dah tunggang tebalik... ni smua gara2 keras kepala aku...kalau nak majuk pun, jgn tinggalkan keta!!! ingat tu!!!.. aku sendiri gak yg susah...tapi alhamdulillah laa.. oyen dgn baik ati telah menyediakan aku seekor kancil yg bakal di tunggangi utk ke klia...bukan aku je..malah kawan2 aku..ngeh ngeh ngeh..bertahan sungguh kancil ni..

so..sampai KLIA kul 6..dgn penuh semangat waja nye, aku telah memparking di bahagian line kuning...

"oyen..aku park kat sini je erk..pepagi ni mana ada traffic...slumber je la..ramai je yg park kat tepi2 ni..."kata syima...

oyen pun membalas " kalau dapat surat cinta, ko settle kan erk.."

itu adalah satu jawapan yg sungguh keji..tapi tak kisah le..masuk2 dlm..check flight dari frankfurt..mendarat pukul 6.40!! lepak kat luar..sampai kul 6.30..tergerak ati nak masuk...LANDED...yeaaayy!!! musyuk me dah slamat!! dgn penuh xcited nye, aku menepuk2 bahu si oyen...kami terus lepak betul2 kat pintu ketibaan...

7.00..bau dia pun tak de lagi..bebudak ni dah rimas..aku lagi la rimas.. tapi kami menghabiskan masa dgn menganyam ketupat pasal steward n stewardess...bukan dorg je yg jadi mangsa...passenger pun terkena skali..kuikuikui...mmg kaki menganyam ketupat sungguh...tapi bukan aku..hahahaha...

7 lebih...still tak de ape...tetiba terpandang makcik berbaju kuning...teeeett!!! ... tgk kali kedua..mmg lama gile aku usha.. harap2 makcik tu tak prasan... tangan oyen terus di capai...tarik keluar...kenapa tangan oyen erk?? ntah la..aku main sambar je..si nurul n kyms lepak kat dlm...skrg ni, saper yg nak skodeng sbnr nye?? aku ke, mereka?? tak aci betoi!!..

tak lama lepas tu..kuar la 2 org jejaka...fakri!!...dup dap dup dap...ohhh my musyuk!!!... kuar2 dari pintu, aku nampak dia mencari2...kan sweet kalau dia toleh2 je, aku ada kat tepi tuh...hmmm...he is so sweet.. masa dia senyum pada mak dia...aku nampak smua tu...dia peluk mak dia..waaa..nak laa jugaaaakkk!!!!....


kami tak boleh lelama..sbb masing2 tak tido...terus la gerak ke kereta..elok je sampai ke kereta...nampak abg traffic betoi2 kat belakang keta..hampeh nyiok sungguh!!! awat rajin sangat pepagi bagi surat cinta ni!!!!!....siap ajar aku lagi tuuuu...

"adik gi kat IPD Sepang..buat rayuan kat sana...spatutnye kena rm100...lepas rayuan dapat la rm30..." anep(abg polis)

"ooo...erk.. tak leh tarik balik erk??.. tapi tak pe la..thanks erk surat ni..ada lagi dak??.." hahaha.. niat aku gurau2 je...tetiba dia kasi bebetoi..mati aku..hahaha...

dah masuk sepang..musyuk me call..ingat nak jumpa...aku kesian kan kawan2 aku..kalau aku sesorg..kemungkinan besar aku patah balik koot...itu nama nye rejeki..tapi siyes..aku segan ngan mak dia...

dah sampai kat IPD Sepang...bapak2 polis lak banyak tanya..huhuhuh...tapi smuanyer besh2 belaka..hahahaha...sporting gilos..siap ada yg ajak bekfes lagi..hahaha...

maka berakhir la sbuah misi pengskodengan...yang berakhir dgn surat cinta..hahaha... my 1st summon..nak kena scan ni...later la...huhuhu...aper yg aku leh kata..TODAY IS ONE OF DA MOST EXCITING DAYS...

Rabu, 5 Mac 2008

arab+indonesia

kalau cina dgn india..kita panggey cindian..kalau arab dgn indonesia...arabsian?? hahahaha... kawan aku dah pun selamat di ijabkabulkan di puchong pagi tadi..dlm kul 8 lebih koot..dgn 2 kali lafaz dlm BM...dan sekali lafaz dlm arab..hahaha..baik cakap arab je terus..kuikuikui...tok kadi pun slow sgt le..

mlm tadi aku gi rumah budak pompuan ni..dia tinggal sesorg je dlm bilik..laki dia leh lak gi jamuan makan..chait...kureng adab sungguh..kami2 (liza,syima,own) ditugaskan utk menjahanamkan muka si pengantin perempuan..sempena 'mlm pertama'...hahahaha..cian budak tu terkena ngan si syengal own..

tapi laki dia sempat la gak anta makanan kat rumah...tuh dia..nasi setalam..ayam seekor,kambing sikit...perghh..gile lee...aku tgk terus2 jadi kenyang...hahahahah...ni manusia yg makan ke, jin yg makan...ekcheli ni pengalaman pertama aku makan nasi dlm talam :D... stakat tgk kat tv tuh, slalu lee...

pengalaman pertama jadi mak andam...assisstant la tapi..hahaha.. tapi aku masih dlm kemusykilan lagi..kenaper laa dorg2 ni kawin antara dorg je...hmm...dah le...penat dah...sok nak anta barang2 ke hostel...cuma tinggalkan komputer je lagi...haku dah ngantuk...nyum nyum nyum...

Selasa, 4 Mac 2008

never ending..

too many things happened lately...y huh??.. its really f**ked up...honestly, i hate this kind of situation..full of sadness,hatred,uncertainty..this is my first time i encountered such a f**ked up situation like this...

Ya Allah...i dun wanna be anak derhaka..tapi rasa mcm dah jadi je.. :( .. this situation is not conducive to talk too much...thats y..aku balik ke cyber...hope this is my right decision...hmmm.. i luv my mum.. miss her :( .. im sorry.. i didnt mean to resist my mum...

yang pastinye...aku nak bercuti...no matter wat da circumstances are....tapi di mana???

aku dah check email..my appeal letter was approved..yes...leh masuk hostel daaahh...atadi aku pack barang2..then, mintak tolong dari lola utk angkut brg2 aku..by next month...aku menetap di hostel..wat masa ni...aku berulang alik...masih ada barang2 yg tertinggal lagi...

*miss my musyuk...badan lemah..tido la plak...